/akn/my/act/act/1996/552

*AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1996
Last amended
2013
Sections
51
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996 is Malaysia Act, cited as Act 552 1996, currently marked in force and first recorded in 1996.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran reka bentuk perindustrian di Malaysia dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 September 1999, P.U. (B) 304/1999] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Akta ini hendaklah terpakai bagi permohonan untuk mendaftarkan reka bentuk perindustrian yang dibuat selepas Akta ini mula berkuat kuasa dan bagi pendaftaran reka bentuk perindustrian yang dibuat berasaskan permohonan itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Seksyen 3

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

(b)

ciri bentuk atau tatarajah sesuatu barang yang—

Suggest a correction

(i)

ditentukan semata-mata oleh fungsi yang perlu dilakukan oleh barang itu; atau

(ii)

bergantung kepada rupa suatu barang lain dan barang itu dimaksudkan oleh pencipta reka bentuk itu untuk menjadi suatu bahagian yang perlu dalam barang lain itu;

“reka bentuk perindustrian berdaftar” ertinya suatu reka bentuk perindustrian yang didaftarkan di bawah Akta ini;

“representasi”, berhubungan dengan suatu barang yang padanya reka bentuk perindustrian digunakan, ertinya lukisan, surihan atau spesimen barang yang padanya reka bentuk perindustrian itu digunakan atau gambar foto bagi lukisan, surihan atau spesimen itu;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

“set barang” ertinya sebilangan barang yang sama sifat umumnya dan biasanya dijual bersama-sama, atau dimaksudkan untuk digunakan bersama-sama, iaitu barang yang pada setiap satunya digunakan suatu reka bentuk perindustrian yang sama seperti, atau yang berlainan hanya dari segi butir-butir tidak material atau ciri-ciri yang biasanya digunakan dalam perdagangan yang relevan daripada, reka bentuk perindustrian yang digunakan terhadap barang lain atau terhadap mana-mana barang itu;

“tarikh yang ditetapkan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perbadanan Harta

Intelek Malaysia 2002;

“Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pendaftar di bawah subseksyen 4(2) atau (3);

“wakil diri di sisi undang-undang”, berhubungan dengan orang yang telah mati, ertinya orang yang kepadanya probet wasiat oleh orang yang telah mati itu, surat pentadbiran harta pusaka orang yang telah mati itu atau pemberian lain yang seumpamanya, telah diberikan, sama ada di Malaysia atau di tempat lain.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Sebutan tentang sesuatu barang dalam Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan tentang—

(c)

suatu set barang dan setiap barang dalam set itu, kedua-duanya, mengikut kehendak keadaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENTADBIRAN

Suggest a correction

Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukannya, daripada kalangan orang dalam penggajian

Perbadanan, apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar Reka Bentuk

Perindustrian, Penolong Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian dan pegawai lain yang perlu bagi pentadbiran yang sepatutnya Akta ini, dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian atau disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen (3).

Suggest a correction

(3)

Orang yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar,

Penolong Pendaftar dan pegawai lain di bawah Akta ini sebelum tarikh yang ditetapkan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan Malaysia untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan dan telah memilih sedemikian hendaklah pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dilantik sebagai Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan pegawai lain sedemikian di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pendaftar dan kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar, seseorang

Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar boleh menjalankan apa-apa fungsi Pendaftar di bawah Akta ini, dan apa-apa jua yang ditetapkan atau diberi kuasa atau dikehendaki oleh Akta ini supaya dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana Timbalan Pendaftar atau

Penolong Pendaftar dan perbuatan atau tandatangan seseorang

Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar hendaklah sama sah dan kuat kuasanya seolah-olah telah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(5)

Pendaftar hendaklah mempunyai meterai dengan reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan teraan meterai itu hendaklah diberi pengiktirafan kehakiman dan diterima sebagai keterangan.

Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian

Suggest a correction

Seksyen 5

Reka Bentuk Perindustrian 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

(Dipotong oleh Akta A1140).

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Suggest a correction

(4)

Apa-apa permohonan atau dokumen lain yang dikehendaki atau dibenarkan difailkan di

Pejabat

Pendaftaran

Reka

Bentuk

Perindustrian boleh difailkan di mana-mana pejabat cawangan Pejabat

Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian dan permohonan atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah difailkan di Pejabat

Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian.

Daftar Reka Bentuk Perindustrian

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Maka hendaklah dicatatkan dalam Daftar—

(a)

nama dan alamat pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar;

Suggest a correction

(b)

notis penyerahhakan dan perpindahan reka bentuk perindustrian berdaftar; dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa perkara lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa atau yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Daftar hendaklah disimpan dalam bentuk dan pada bahan yang ditetapkan.

Notis tentang amanah

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Notis tentang sesuatu amanah, sama ada nyata, tersirat atau konstruktif, tidak boleh dicatatkan dalam Daftar atau disetuju terima oleh Pendaftar.

Seksyen 8

Pemeriksaan Daftar

Open as pageSuggest a correction

(2)

Salinan atau cabutan yang diperakui benar bagi mana-mana

Reka Bentuk Perindustrian 13

catatan dalam Daftar yang dimeterai dengan meterai Pendaftar hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang menghendakinya apabila fi yang ditetapkan dibayar.

Salinan terperaku menjadi keterangan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar boleh membekalkan satu salinan atau cabutan—

(a)

mana-mana catatan atau dokumen dalam Daftar; atau

Suggest a correction

(b)

dokumen atau penerbitan di Pejabat Pendaftaran Reka

Bentuk Perindustrian, yang diperakui secara bertulis di bawah tandatangan dan meterainya sebagai salinan atau cabutan benar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Salinan atau cabutan yang telah diperakui dan dimeteraikan sedemikian boleh diterima sebagai keterangan yang sama sahnya dengan salinan asal dalam semua mahkamah dan prosiding tanpa dibuktikan selanjutnya atau dikemukakan salinan asal.

Suggest a correction

(4)

Pendaftar boleh memperakui secara bertulis di bawah tandatangan dan meterainya—

(a)

bahawa sesuatu catatan, perkara atau benda yang dikehendaki supaya dibuat atau dilakukan atau tidak dibuat atau tidak dilakukan, di bawah Akta ini, sudah atau telah tidak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibuat atau dilakukan; atau

Suggest a correction

(b)

bahawa sesuatu buku, dokumen atau penerbitan di

Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian ada disediakan untuk pemeriksaan oleh orang ramai pada tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu, dan perakuan itu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu dalam mana-mana prosiding undang-undang.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Suggest a correction

Pemunyaan reka bentuk perindustrian berdaftar

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika suatu reka bentuk perindustrian dicipta menurut tempahan bagi suatu wang atau nilai wang, orang yang menempah reka bentuk perindustrian itu hendaklah dianggap sebagai pemunya asal reka bentuk perindustrian itu, tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang sebaliknya antara kedua-dua pihak itu.

Suggest a correction

(3)

Jika, dalam keadaan yang tidak terangkum dalam subseksyen

Suggest a correction

(2)

, suatu reka bentuk perindustrian dicipta oleh seorang pekerja dalam tempoh penggajiannya, majikannya hendaklah dianggap sebagai pemunya asal reka bentuk perindustrian itu, tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang sebaliknya antara kedua-dua pihak itu.

Suggest a correction

(4)

Pemunya asal sesuatu reka bentuk perindustrian atau pemegang serah hak apa-apa kepentingan dalam sesuatu reka bentuk perindustrian boleh menyerahhakkan secara bertulis kepada orang lain keseluruhan atau mana-mana bahagian kepentingannya mengenai reka bentuk perindustrian itu.

Suggest a correction

(5)

Jika sesuatu reka bentuk perindustrian, atau hak untuk menggunakan sesuatu reka bentuk perindustrian pada apa-apa barang, menjadi terletak hak sama ada secara penyerahhakan, perpindahan atau kuat kuasa undang-undang, pada mana-mana orang selain daripada pemunya asal, sama ada berseorangan atau bersesama dengan pemunya asal, maka orang lain itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemunya asal dan orang lain itu hendaklah dianggap bagi maksud seksyen 11 sebagai pemunya asal reka bentuk perindustrian itu atau sebagai pemunya asal reka bentuk perindustrian berkaitan dengan barang itu.

Suggest a correction

(6)

Bagi sesuatu reka bentuk perindustrian yang dihasilkan oleh komputer dalam keadaan tiada pencipta manusia, orang yang

Reka Bentuk Perindustrian 15

membuat perkiraan yang perlu untuk mencipta reka bentuk perindustrian itu hendaklah dianggap sebagai penciptanya.

Hak untuk memohon dan mendapatkan pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika dua orang atau lebih mempunyai kepentingan mengenai suatu reka bentuk perindustrian, semua orang yang mempunyai kepentingan itu, yang bertindak bersesama, adalah berhak membuat permohonan untuk mendaftarkan reka bentuk perindustrian itu, tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang sebaliknya antara mereka.

Reka bentuk perindustrian yang boleh didaftarkan

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu reka bentuk perindustrian yang baginya suatu permohonan bagi pendaftaran telah dibuat tidak boleh dianggap baharu jika, sebelum tarikh prioriti permohonan itu, ia atau suatu reka bentuk perindustrian yang berbeza daripadanya hanya daripada segi butir-butir tidak material atau daripada segi ciri-ciri yang biasa digunakan dalam perdagangan yang relevan—

(a)

telah dizahirkan kepada awam di mana-mana jua di

Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

merupakan hal perkara suatu permohonan lain untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian yang difailkan di Malaysia tetapi mempunyai suatu tarikh prioriti yang lebih awal yang dibuat oleh pemohon lain setakat yang hal perkara itu termasuk dalam pendaftaran yang telah diberikan berasaskan permohonan lain itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud perenggan 2(a), suatu reka bentuk perindustrian tidak boleh disifatkan sebagai telah dizahirkan

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

kepada awam semata-mata dengan sebab bahawa, dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh pemfailan suatu permohonan bagi pendaftaran—

(a)

ía dipamerkan dalam pameran rasmi atau pameran yang diiktiraf; atau

Suggest a correction

(b)

ia telah dizahirkan oleh seseorang selain pemohon atau pendulunya dalam hakmilik akibat daripada suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh orang itu atau orang lain.

Reka bentuk perindustrian yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Reka bentuk perindustrian yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral tidak boleh didaftarkan.

Seksyen 13A

Pendaftaran tertentu tidak boleh dilanjutkan atau dimasukkan semula

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika sebelum Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 mula berkuat kuasa suatu reka bentuk perindustrian yang terpakai bagi sesuatu litar bersepadu atau suatu bahagian sesuatu litar bersepadu mengikut pengertian Akta itu atau suatu reka bentuk perindustrian yang terpakai bagi sesuatu pencontoh yang digunakan untuk membuat litar bersepadu sedemikian telah didaftarkan di bawah Akta ini, pendaftaran itu tidak boleh dilanjutkan atau dimasukkan semula pada bila-bila masa pada atau selepas permulaan kuat kuasa itu.

Seksyen 14

Permohonan untuk mendapatkan pendaftaran

Open as pageSuggest a correction

(a)

hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Reka

Bentuk Perindustrian;

Reka Bentuk Perindustrian 17

Suggest a correction

(b)

hendaklah disertakan dengan representasi, mengikut bilangan yang ditetapkan, barang yang padanya reka bentuk perindustrian itu digunakan;

Suggest a correction

(c)

hendaklah mengandungi pernyataan kebaharuan berkenaan dengan reka bentuk perindustrian yang berkaitan dengan permohonan; dan

Suggest a correction

(d)

hendaklah disertakan dengan bayaran fi pemfailan yang ditetapkan.

Suggest a correction

(2)

Jika tempat bermastautin biasa atau tempat utama perniagaan pemohon adalah di luar Malaysia, pemohon hendaklah melantik seorang ejen di Malaysia yang kepadanya notis atau proses berhubungan dengan permohonan untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian boleh disampaikan, dan jika pemohon gagal melantik seorang ejen, Pendaftar boleh enggan meneruskan permohonan itu sehingga ejen sedemikian dilantik.

Permohonan berbilang

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Dua reka bentuk perindustrian atau lebih boleh menjadi subjek bagi permohonan yang sama, dengan syarat reka bentuk perindustrian itu adalah berkaitan dengan kelas yang sama mengikut Klasifikasi

Antarabangsa untuk Reka Bentuk Perindustrian atau berkaitan dengan set atau komposisi barang yang sama.

Seksyen 16

Tarikh pemfailan

Open as pageSuggest a correction

Tarikh pemfailan sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian hendaklah tarikh terawal apabila semua syarat yang berikut yang berhubungan dengan permohonan itu dipenuhi:

(a)

dokumen yang tersebut dalam seksyen 14 mengenal pasti pemohon atau pemohon-pemohon;

Suggest a correction

(b)

bilangan representasi mengikut bilangan yang ditetapkan, barang yang padanya reka bentuk perindustrian itu digunakan difailkan di Pejabat

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian; dan

Suggest a correction

(c)

fi permohonan yang ditetapkan dibayar.

Tarikh prioriti dan hak prioriti di bawah triti atau konvensyen

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu permohonan boleh, menurut mana-mana triti atau konvensyen antarabangsa yang Malaysia menjadi satu pihak kepadanya, mengandungi akuan yang menuntut prioriti satu permohonan negara, serantau atau antarabangsa atau lebih yang terdahulu yang difailkan oleh pemohon atau pendulunya dalam hakmilik dalam atau bagi mana-mana negara yang menjadi pihak kepada triti atau konvensyen itu, dan dalam mana-mana kes sedemikian, tarikh prioriti hendaklah tarikh terawal permohonan negara, serantau atau antarabangsa itu difailkan:

Dengan syarat bahawa permohonan yang dibuat di bawah Akta ini telah difailkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh terawal itu.

Suggest a correction

(3)

Jika permohonan itu mengandungi suatu akuan di bawah subseksyen (2), Pendaftar boleh menghendaki supaya pemohon itu, dalam masa yang ditetapkan, memberikan satu salinan permohonan yang terdahulu yang diperakui sebagai betul oleh pejabat di mana ia telah difailkan.

Suggest a correction

(4)

Kesan akuan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan dalam triti atau konvensyen yang disebut dalam subseksyen itu.

Suggest a correction

(5)

Jika mana-mana kehendak seksyen ini atau mana-mana peraturan yang berkaitan dengannya telah tidak dipatuhi, maka akuan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah dianggap tidak sah.

Penarikan balik permohonan

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Pemohon pendaftaran suatu reka bentuk perindustrian boleh, melalui notis bertulis kepada Pendaftar, menarik balik permohonan itu

Reka Bentuk Perindustrian 19

pada bila-bila masa semasa menunggu jawapan, dan mana-mana penarikan balik itu tidak boleh dibatalkan.

Seksyen 19

Pindaan permohonan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu pindaan di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat jika, akibat daripada pindaan itu, ruang lingkup permohonan itu akan bertambah dengan kemasukan apa-apa perkara yang tidak pada matannya didedahkan dalam permohonan yang difailkan pada mulanya.

Pembahagian permohonan selepas pindaan

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika, hasil daripada penelitian itu, telah ditentukan bahawa permohonan itu tidak memenuhi kehendak formal, Pendaftar

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

hendaklah memberitahu pemohon dan memberinya suatu peluang untuk memberikan pandangan tentang keputusan itu dan untuk meminda permohonan dalam tempoh yang ditetapkan supaya kehendak itu dipenuhi.

Suggest a correction

(3)

Jika, dalam tempoh yang ditetapkan, pemohon gagal meyakinkan Pendaftar bahawa kehendak formal telah dipenuhi atau meminda permohonan supaya kehendak itu dipenuhi, Pendaftar boleh enggan mendaftarkan reka bentuk perindustrian itu.

Suggest a correction

(4)

Pendaftar tidak boleh enggan di bawah subseksyen (3) untuk mendaftarkan sesuatu reka bentuk perindustrian sehingga pemohon sudah diberi peluang untuk didengar.

Suggest a correction

(5)

Dalam seksyen ini, “kehendak formal” ertinya kehendak Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan itu sebagai kehendak formal bagi maksud Akta ini.

Pendaftaran dan penyiaran

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(a)

mendaftarkan reka bentuk perindustrian itu dengan merekodkan butir-butir yang ditetapkan dalam Daftar;

dan

Suggest a correction

(b)

mengeluarkan kepada pemohon perakuan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu dalam bentuk yang ditetapkan.

Suggest a correction

(2)

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas itu Pendaftar hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta—

(a)

suatu notis bahawa reka bentuk perindustrian itu telah didaftarkan;

Suggest a correction

(c)

apa-apa perkara yang membentuk atau berhubungan

Reka Bentuk Perindustrian 21

dengan reka bentuk perindustrian itu yang pada fikirannya wajar disiarkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Perakuan pendaftaran hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya dan kesahan pendaftaran.

Pendaftaran reka bentuk perindustrian yang sama berkenaan dengan barang lain

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk mendaftarkan, berkenaan dengan satu barang lain atau lebih, reka bentuk perindustrian berdaftar itu; atau

Suggest a correction

(b)

untuk mendaftarkan, berkenaan dengan barang yang sama atau satu barang lain atau lebih, suatu reka bentuk perindustrian yang terdiri daripada reka bentuk perindustrian berdaftar itu dengan ubahsuaian atau kelainan yang tidak mencukupi untuk mengubah ciri atau untuk secara substansial menyentuh identitinya, permohonan itu tidak boleh ditolak, dan pendaftaran yang dibuat berasaskan permohonan itu tidak boleh dibatalkan semata-mata disebabkan oleh pendaftaran yang terdahulu, atau apa-apa penzahiran atau penggunaan selepas tarikh prioriti berkenaan dengan permohonan bagi pendaftaran yang terdahulu, reka bentuk perindustrian yang telah didaftarkan berasaskan permohonan itu.

Suggest a correction

(2)

Tempoh pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian yang didaftarkan mengikut seksyen ini tidak boleh dilanjutkan melebihi tempoh pendaftaran reka bentuk perindustrian berdaftar yang asal dan apa-apa tempoh lanjutan kepada tempoh itu.

Pembetulan Daftar

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(a)

Mahkamah boleh, atas permohonan mengikut cara yang

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

ditetapkan daripada mana-mana orang yang terkilan dengan atau berkepentingan dalam ketidakmasukan atau peninggalan daripada Daftar apa-apa catatan, atau dengan atau dalam apa-apa catatan yang dibuat dalam

Daftar tanpa sebab yang mencukupi, atau apa-apa catatan yang secara salah masih ada dalam Daftar, atau apa-apa kesilapan atau kecacatan apa-apa catatan dalam Daftar, membuat apa-apa perintah supaya dimasukkan, dibuat, dikeluarkan atau diubah apa-apa catatan sedemikian supaya dibetulkan apa-apa kesilapan atau kecacatan sedemikian yang didapatinya perlu;

Suggest a correction

(b)

Mahkamah boleh, dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini, memutuskan apa-apa soalan yang mungkin perlu atau suai manfaat untuk diputuskan berkaitan dengan pembetulan Daftar;

Suggest a correction

(c)

dalam hal fraud dalam pendaftaran, penyerahhakan atau pindahmilik sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar atau jika pada pendapatnya adalah untuk kepentingan awam dia berbuat demikian, Pendaftar sendiri boleh memohon kepada Mahkamah di bawah seksyen ini;

Suggest a correction

(d)

suatu perintah Mahkamah yang membetulkan Daftar hendaklah mengarahkan supaya notis tentang perintah itu disampaikan kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan dan Pendaftar hendaklah apabila menerima notis itu membetulkan Daftar dengan sewajarnya.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah atas permohonan seseorang selain

Pendaftar sehingga notis tentang permohonan itu telah diberikan kepada Pendaftar yang berhak hadir dan didengar tentang permohonan itu.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa permohonan bagi membetulkan Daftar, yang di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Mahkamah dan jika pemohon bukan Pendaftar sendiri, boleh, mengikut pilihan pemohon, dibuat pada mula-mulanya kepada Pendaftar kecuali jika sesuatu tindakan berkaitan dengan reka bentuk perindustrian yang berkenaan masih belum selesai.

Reka Bentuk Perindustrian 23

Suggest a correction

(4)

Pendaftar boleh pada mana-mana peringkat apa-apa permohonan untuk membetulkan Daftar yang dibuat kepadanya merujukkan mana-mana permohonan itu kepada Mahkamah, atau

Pendaftar boleh, setelah mendengar pemohon mana-mana permohonan sedemikian dan juga pemunya jika pemohon bukan pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar itu, memutuskan persoalan antara mereka.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

TEMPOH PENDAFTARAN

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tempoh pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian boleh dilanjutkan dua kali lagi berturut-turut selama tempoh lima tahun bagi setiap kali lanjutan jika suatu permohonan bagi mendapatkan pelanjutan dibuat dalam borang yang ditetapkan, dan fi pelanjutan yang ditetapkan dibayar sebelum luput tempoh pendaftaran semasa.

Suggest a correction

(3)

Tempoh tangguhan selama enam bulan dari tarikh apa-apa fi pelanjutan yang belum dibayar kena dibayar hendaklah diberikan bagi pembayaran fi pelanjutan itu, tertakluk kepada pembayaran apa-apa surcaj sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu permohonan pelanjutan tidak dibuat atau sesuatu fi pelanjutan tidak dibayar mengikut kehendak seksyen ini, pendaftaran hendaklah luput dan notis tentang luputnya pendaftaran itu hendaklah disiarkan dalam Warta.

Kemasukan semula pendaftaran luput

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(a)

memfailkan suatu permintaan bagi kemasukan semula itu dalam borang yang ditetapkan;

Suggest a correction

(b)

membayar apa-apa fi pelanjutan yang belum jelas dan surcaj yang ditetapkan bagi kemasukan semula; dan

Suggest a correction

(c)

memfailkan suatu pemyataan yang menerangkan hal keadaan yang menyebabkan kegagalan untuk melanjutkan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu.

Suggest a correction

(2)

Jika Pendaftar berpuas hati bahawa kegagalan untuk melanjutkan pendaftaran itu tidak disengajakan atau disebabkan oleh kesilapan, dia boleh menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menyatakan niat untuk memasukkan semula pendaftaran yang telah luput itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang berkepentingan boleh, dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiaran itu, memberikan notis kepada Pendaftar tentang bangkangan terhadap kemasukan semula pendaftaran itu dan hendaklah menyampaikan satu salinan notis itu kepada pemohon kemasukan semula itu.

Suggest a correction

(4)

Jika tiada notis bangkangan diberikan mengikut subseksyen (3)

dalam tempoh tiga bulan berikutan tarikh penyiaran yang disebut dalam subseksyen (2), Pendaftar hendaklah memasukkan semula pendaftaran reka bentuk perindustrian itu, yang hendaklah berkuat kuasa seolah-olah pendaftaran itu tidak luput, dan dia hendaklah menyiarkan suatu notis dalam Warta bahawa pendaftaran itu telah dimasukkan semula.

Suggest a correction

(5)

Jika notis bangkangan diberikan mengikut subseksyen (3),

Pendaftar hendaklah, selepas memberi pembangkang dan pemohon kemasukan semula peluang untuk didengar, memutuskan perkara itu, dan jika dia memutuskan untuk memasukkan semula pendaftaran, maka pendaftaran itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia tidak luput, dan dia hendaklah menyiarkan suatu notis dalam Warta bahawa pendaftaran itu telah dimasukkan semula sedemikian.

Suggest a correction

(6)

Tindakan atau prosiding tidak boleh diambil berkenaan dengan sesuatu pelanggaran reka bentuk perindustrian berdaftar yang dilakukan antara tarikh pendaftaran reka bentuk perindustrian itu terhenti berkuat kuasa dengan tarikh penyiaran dalam Warta tentang kemasukan semula

Reka Bentuk Perindustrian 25

pendaftaran reka bentuk perindustrian itu.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar untuk membenarkan atau enggan membenarkan kemasukan semula di bawah seksyen ini boleh membuat rayuan kepada Mahkamah.

Pembatalan pendaftaran dan pemberian lesen wajib

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(a)

supaya dibatalkan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu atas alasan, tertakluk kepada seksyen 12, bahawa reka bentuk perindustrian itu telah dizahirkan kepada awam sebelum tarikh prioriti permohonan untuk mendaftarkan reka bentuk perindustrian;

Suggest a correction

(b)

supaya dibatalkan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu atas alasan bahawa pendaftaran reka bentuk perindustrian itu telah diperoleh dengan cara yang melanggar undang-undang; atau

Suggest a correction

(c)

supaya diberi lesen wajib berkenaan dengan reka bentuk perindustrian itu atas alasan bahawa reka bentuk perindustrian itu tidak digunakan di Malaysia melalui apa-apa proses perindustrian atau cara perindustrian pada barang yang berkenaan dengannya ia didaftarkan setakat yang munasabah mengikut hal keadaan kes itu, dan Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian berasaskan permohonannya itu sebagaimana yang didapatinya adil.

Suggest a correction

(2)

Perenggan (1)(a) dan (1)(b) tidaklah menjejaskan hak pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian untuk meminta Pendaftar membatalkan pendaftaran reka bentuk perindustrian yang dia menjadi pemunya, atau kuasa Pendaftar untuk mengarahkan pembatalan pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian atas apa-apa alasan lain sebagaimana yang difikirkannya patut.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Perintah Mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Tiada perintah yang tidak selaras dengan mana-mana triti, konvensyen, perkiraan atau perjanjian dengan mana-mana negara di luar Malaysia boleh dibuat oleh Mahkamah di bawah seksyen 27.

Bahagian V

BAHAGIAN V

HAK PEMUNYA, PENYERAHHAKAN DAN PERPINDAHAN

Suggest a correction

Hak pemunya terhadap harta sendiri

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada Akta ini, undang-undang yang terpakai bagi pemunyaan dan penurunan harta sendiri hendaklah terpakai berhubungan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berhubungan dengan hak dalam tindakan yang lain.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu penyerahhakan yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah secara bertulis.

Pendaftaran penyerahhakan, perpindahan atau kuat kuasa undang-undang lain

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa penyerahhakan, perpindahan atau kuat kuasa undang-undang lain berkenaan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh berkuat kuasa terhadap pihak ketiga melainkan jika direkodkan dalam Daftar.

Reka Bentuk Perindustrian 27

Pemunyaan bersama

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika dua orang atau lebih adalah pemunya bersama suatu reka bentuk perindustrian berdaftar, maka, tertakluk kepada seksyen ini dan kepada apa-apa perjanjian yang sebaliknya antara mereka—

(a)

setiap seorang daripada mereka, dengan bertindak sendiri atau melalui ejennya, adalah berhak untuk melakukan apa-apa perbuatan, untuk faedah dirinya dan tanpa kebenaran atau keperluan untuk memberikan penjelasan kepada orang lain, yang jika tidak kerana subseksyen ini akan menjadi suatu pelanggaran reka bentuk perindustrian berdaftar itu; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa perbuatan sedemikian tidaklah menjadi suatu pelanggaran reka bentuk perindustrian berdaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika dua orang atau lebih adalah pemunya bersama suatu reka bentuk perindustrian berdaftar, maka, tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang sebaliknya antara mereka, tiada seorang pun daripada mereka boleh memberikan lesen berkenaan dengan penggunaan reka bentuk perindustrian berdaftar itu, atau menyerahhakkan atau menggadaikan kepentingannya dalam reka bentuk perindustrian berdaftar itu tanpa mendapat kebenaran pemunya yang lain.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa berhubungan dengan hak untuk memohon untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian sebagaimana ia berkuat kuasa berhubungan dengan reka bentuk perindustrian berdaftar, dan sebutan tentang reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah termasuk sebutan tentang hak untuk memohon untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

PELANGGARAN

Suggest a correction

Pelanggaran reka bentuk perindustrian berdaftar

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada seksyen 30, seseorang melanggar hak yang diberikan oleh pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian jika dia, tanpa lesen atau kebenaran pemunya reka bentuk perindustrian itu membuat mana-mana perkara yang berikut semasa pendaftaran itu masih berkuat kuasa:

(a)

menggunakan reka bentuk perindustrian itu atau apa-apa tiruan palsu atau nyata reka bentuk perindustrian itu pada apa-apa barang yang berkenaan dengannya reka bentuk perindustrian itu didaftarkan;

Suggest a correction

(b)

mengimport ke dalam Malaysia untuk dijual, atau untuk digunakan bagi maksud apa-apa perdagangan atau perniagaan, apa-apa barang yang padanya, telah digunakan reka bentuk perindustrian itu atau apa-apa tiruan palsu atau nyata reka bentuk perindustrian itu di luar Malaysia tanpa lesen atau kebenaran pemunyanya;

atau

Suggest a correction

(c)

menjual, atau menawarkan atau menyimpan untuk dijual, atau menyewakan atau menawarkan atau menyimpan untuk disewakan, mana-mana barang yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b).

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), hak pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar tidaklah meliputi perbuatan berkenaan dengan sesuatu barang yang padanya reka bentuk perindustrian berdaftar itu digunakan, oleh atau dengan kebenaran

Reka Bentuk Perindustrian 29

pemunya, selepas barang itu diimport atau dijual di Malaysia dengan sah.

Prosiding pelanggaran

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah mempunyai hak yang sama terhadap mana-mana orang yang telah melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan pelanggaran berlaku.

Suggest a correction

(3)

Prosiding yang tersebut dalam subsekyen (1) dan (2) tidak boleh dimulakan selepas lima tahun dari perbuatan pelanggaran itu.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar”

ertinya pemunya berdaftar dan termasuklah pemegang serah hak, pemegang lesen atau benefisiari sesuatu lesen wajib yang diberikan di bawah seksyen 27; tetapi jika apa-apa prosiding dimulakan oleh seseorang selain pemunya berdaftar, mestilah dibuktikan bahawa dia telah membuat permintaan terlebih dahulu kepada pemunya berdaftar untuk memulakan prosiding bagi pelanggaran yang diadukan olehnya dan bahawa pemunya berdaftar itu telah enggan atau gagal untuk memulakan prosiding dalam tempoh tiga bulan dari penerimaan permintaan itu, tanpa bagaimanapun menjejaskan hak pemunya berdaftar itu untuk turut bersama dalam prosiding itu.

Pembelaan dalam tindakan terhadap pelanggaran

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa alasan yang membolehkan pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian dibatalkan boleh digunakan sebagai suatu pembelaan dalam sesuatu tindakan terhadap pelanggaran reka bentuk perindustrian berdaftar.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Seksyen 35

Remedi bagi pelanggaran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar membuktikan bahawa perbuatan sedang dilakukan yang boleh menyebabkan suatu pelanggaran berlaku, Mahkamah boleh memberikan perintah injunksi untuk menghalang pelanggaran dan apa-apa remedi lain di sisi undang-undang.

Suggest a correction

(3)

Mahkamah boleh enggan mengawardkan ganti rugi, atau enggan membuat perintah pengemukaan akaun keuntungan, berkenaan dengan sesuatu pelanggaran, jika defendan memuaskan

Mahkamah—

(a)

bahawa, semasa pelanggaran itu, defendan tidak tahu bahawa reka bentuk perindustrian itu telah didaftarkan;

dan

Suggest a correction

(b)

bahawa defendan telah, sebelum itu, mengambil segala langkah yang munasabah untuk menentukan sama ada reka bentuk perindustrian itu telah didaftarkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 36

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu dalam Daftar;

Suggest a correction

(b)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu dalam mana-mana salinan terperaku sesuatu dokumen atau penerbitan di Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk

Reka Bentuk Perindustrian 31

Perindustrian;

Suggest a correction

(c)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu dokumen palsu yang berupa sebagai suatu salinan catatan dalam Daftar;

Suggest a correction

(d)

mengemukakan atau memberikan atau menyebabkan dikemukakan atau diberikan sebagai keterangan mana-mana dokumen yang tersebut dalam perenggan (b)

atau (c) dengan mengetahui bahawa dokumen itu atau mana-mana catatan dalamnya adalah palsu; atau

Suggest a correction

(e)

membuat tuntutan secara palsu bahawa dia adalah pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar itu atau menyatakan bahawa dia bertindak sebagai, atau bagi pihak, pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pernyataan palsu tentang pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang yang melupuskan untuk mendapat balasan berharga apa-apa barang yang telah dicap, diukir atau ditera padanya atau selainnya digunakan padanya perkataan “reka bentuk perindustrian berdaftar” atau apa-apa perkataan lain yang menyatakan atau menyiratkan bahawa barang itu adalah suatu barang yang padanya reka bentuk perindustrian berdaftar telah digunakan, hendaklah dikira sebagai menggambarkan bahawa barang itu adalah suatu barang yang dilindungi oleh suatu pendaftaran reka bentuk perindustrian.

Suggest a correction

(3)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika pernyataan dibuat berhubungan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian selepas

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

pendaftaran berkenaan dengan reka bentuk itu telah habis tempoh atau dibatalkan dan sebelum tamat suatu tempoh yang semunasabahnya cukup untuk membolehkan orang itu mengambil langkah untuk memastikan bahawa pernyataan itu tidak dibuat atau tidak terus dibuat.

Suggest a correction

(4)

Dalam prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini adalah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana orang jika dia membuktikan bahawa dia telah menggunakan usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction

(5)

Seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa berhubungan dengan sesuatu hak untuk memohon pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian sebagaimana ia mempunyai kuat kuasa berhubungan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar, dan sebutan tentang reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah termasuk sebutan tentang hak untuk memohon pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian.

Penggunaan nama “Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk

Perindustrian”

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menggunakan di tempat perniagaannya atau pada apa-apa dokumen yang dikeluarkan olehnya atau selainnya perkataan “Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk

Perindustrian” atau apa-apa perkataan lain yang memberikan maksud bahawa tempat perniagaannya adalah atau secara rasminya adalah berkaitan dengan Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk

Perindustrian, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 39

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika hal-ehwal sesuatu pertubuhan perbadanan diuruskan oleh anggotanya, maka subseksyen (1) hendaklah terpakai berhubungan dengan perbuatan dan keingkaran seseorang anggota berkaitan dengan fungsi pengurusannya seolah-olah dia ialah seorang pengarah pertubuhan perbadanan itu.

Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

KUASA LAIN PENDAFTAR

Suggest a correction

Pindaan reka bentuk perindustrian berdaftar

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permintaan supaya dibuat sesuatu pindaan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Kecuali bagi maksud membetulkan silap tulis atau kesilapan nyata, tiada pindaan boleh dibenarkan di bawah seksyen ini jika pindaan itu akan menyebabkan penzahiran perkara yang melebihi apa yang dizahirkan sebelum pindaan itu, atau memperluas perlindungan yang diberikan pada masa pendaftaran reka bentuk perindustrian yang berkenaan.

Suggest a correction

(4)

Tiada pindaan boleh dibenarkan dibuat dalam pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian di bawah seksyen ini jika ada prosiding mahkamah yang belum selesai dan dalam prosiding itu kesahan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu boleh dijadikan isu.

Suggest a correction

(5)

Jika Daftar telah dipinda di bawah seksyen ini, Pendaftar boleh menghendaki supaya perakuan pendaftaran itu diserahkan

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

kepadanya dan boleh membatalkan perakuan pendaftaran itu dan mengeluarkan perakuan pendaftaran baru dengan apa-apa pindaan berbangkit yang menjadi perlu oleh sebab pindaan kepada Daftar.

Kuasa am Pendaftar

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(c)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen atau barang;

dan

Suggest a correction

(d)

mengawardkan kos terhadap sesuatu pihak dalam apa-apa prosiding di hadapannya.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa saman, perintah atau arahan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah perenggan

Suggest a correction

(1)

(a)

, (1)(b) atau 1(c) tanpa apa-apa alasan yang sah di sisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Kos yang diawardkan oleh Pendaftar boleh didapatkan, jika berlaku keingkaran membuat bayaran, dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten oleh orang yang kepadanya kos itu telah diawardkan.

Penjalanan kuasa budi bicara

Suggest a correction

Seksyen 42

Jika apa-apa kuasa budi bicara diberikan kepada Pendaftar oleh

Open as pageSuggest a correction

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dia tidak boleh menjalankan kuasa itu terhadap mana-mana orang yang mungkin dimudaratkan oleh keputusannya tanpa memberi orang itu peluang untuk didengar.

Reka Bentuk Perindustrian 35

Seksyen 43

Pelanjutan masa

Open as pageSuggest a correction

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini suatu masa ditetapkan dan dalam masa itu sesuatu perbuatan atau perkara hendaklah dilakukan, Pendaftar boleh, melainkan jika diarahkan selainnya dengan nyata oleh Mahkamah, melanjutkan masa itu sama ada sebelum atau selepas habis tempohnya, setelah fi yang ditetapkan dibayar.

Bahagian IX

BAHAGIAN IX

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa notis yang dikehendaki supaya diberikan atau dibenarkan diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan apa-apa permohonan atau dokumen lain yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat atau difailkan, boleh diberikan, dibuat atau difailkan melalui pos.

Seksyen 45

Ejen

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar tidak terikat untuk mengiktiraf sebagai ejen seseorang yang pernah disabitkan atas kesalahan jenayah yang melibatkan fraud atau kejujuran, atau seorang bankrap yang belum dilepaskan atau telah digugurkan atau selainnya disingkirkan daripada daftar keahlian mana-mana badan profesional atau digantung buat sementara waktu daripada menjalankan amalan oleh mana-mana badan atau jawatankuasa badan profesional itu.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kaedah prosedur yang sama tentang rayuan hendaklah terpakai bagi rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1) seperti yang terpakai bagi rayuan kepada Mahkamah Tinggi daripada suatu keputusan mahkamah rendah dalam perkara sivil.

Peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana yang berikut:

(a)

mengawal selia prosedur yang hendaklah diikuti berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan

Pendaftar atau

Pejabat

Pendaftaran

Reka

Bentuk

Perindustrian di bawah Akta ini termasuklah penyampaian dokumen;

Suggest a correction

(b)

mengelaskan barang bagi maksud pendaftaran reka bentuk perindustrian;

Suggest a correction

(c)

membuat atau menghendaki penduaan dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran reka bentuk perindustrian;

Suggest a correction

(d)

menetapkan fi yang hendaklah dibayar berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain atau berkaitan dengan pemberian apa-apa perkhidmatan oleh Pendaftar atau

Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian, dan menetapkan amaun fi itu dan membenarkan fi yang berbeza dalam keadaan tertentu untuk kes tertentu yang ditetapkan;

Suggest a correction

(e)

menetapkan borang dan perkara lain yang akan digunakan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(f)

mengawal selia penyimpanan Daftar dan menetapkan

Reka Bentuk Perindustrian 37

bentuk dan kandungannya;

Suggest a correction

(g)

mengawal selia cara memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan Pendaftar di bawah Akta ini dan memberi Pendaftar kuasa untuk memaksa kehadiran saksi dan penzahiran dan pengemukaan dokumen;

Suggest a correction

(h)

membuat apa-apa jua yang dikehendaki supaya dilakukan berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan Pendaftar atau Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk

Perindustrian;

Suggest a correction

(i)

mengawal pengiktirafan ejen yang mewakili pemohon atau pihak lain di hadapan Pendaftar atau Pejabat Pendaftaran

Reka Bentuk Perindustrian, dan menetapkan kelayakan dan syarat lain yang hendaklah dipenuhi oleh ejen itu sebelum dibenarkan hadir di hadapan Pendaftar atau Pejabat

Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian, dan selainnya mengawal selia kelakuan mereka sebagai ejen sedemikian;

Suggest a correction

(k)

secara umum mengawal selia perkara yang berhubungan dengan urusan pendaftaran reka bentuk perindustrian yang dijalankan di

Pejabat

Pendaftaran

Reka

Bentuk

Perindustrian sama ada ditetapkan dengan khusus atau tidak di bawah Akta ini.

Negara Konvensyen

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Menteri, dengan perintah mengisytiharkan bahawa sesuatu permohonan bagi mendapatkan perlindungan berkenaan dengan suatu reka bentuk perindustrian adalah, mengikut terma triti yang wujud antara dua negara konvensyen atau lebih, setara dengan permohonan yang dibuat di salah satu negara konvensyen itu, permohonan yang mula-mula disebut hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

dibuat di negara konvensyen itu.

Suggest a correction

(3)

Jika Menteri, melalui perintah, mengisytiharkan bahawa sesuatu permohonan bagi mendapatkan perlindungan berkenaan dengan suatu reka bentuk perindustrian adalah, mengikut undang-undang suatu negara konvensyen, setara dengan permohonan yang dibuat di negara konvensyen itu, permohonan yang mula-mula disebut hendaklah bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dibuat di negara konvensyen itu.

Peruntukan pemansuhan dan kecualian

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) —

(a)

apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang termansuh hendaklah, setakat yang perundangan subsidiari itu tidak bertentangan dengan peruntukan Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini dan boleh dimansuhkan, diperluas, diubah atau dipinda dengan sewajarnya;

Suggest a correction

(b)

apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah undang-undang termansuh atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang termansuh hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya;

Suggest a correction

(c)

apa-apa pendaftaran yang dilindungi di bawah undang-undang termansuh dan berkuat kuasa sebaik sahaja sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, tertakluk kepada terma, syarat dan tempoh kesahan yang dinyatakan dalam pendaftaran itu, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan yang sama seolah-olah ia telah dilaksanakan di bawah Akta ini, tetapi apa-apa pelanjutan yang dibuat

Reka Bentuk Perindustrian 39

selepas itu hendaklah menurut subseksyen 50(2).

Peralihan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perakuan pendaftaran yang diberikan di bawah Akta

Pendaftaran Reka Bentuk 1949 bagi United Kingdom hendaklah mempunyai tempoh kesahan maksimum yang diberikan di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu dan bagi maksud ini, prosedur pelanjutan hendaklah seperti yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 47 Akta ini.

40

Akta 552

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1077

Akta Reka Bentuk

Perindustrian (Pindaan)

2000 15-08-2000

Akta A1140

Akta Reka Bentuk

Perindustrian (Pindaan)

2002 03-03-2003

41

Akta 552

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta A1077 15-08-2000

Akta A1140 03-03-2003 4 Akta A1140 03-03-2003 5 Akta A1140 03-03-2003 8 Akta A1140 03-03-2003 13A Akta A1077 15-08-2000

Suggest a correction

Common questions

What is INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996?
*AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996 is Malaysia Act, cited as Act 552 1996, currently marked in force and first recorded in 1996.
Is INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996 still in force?
Yes — INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996 is currently in force.
When did INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996 take effect?
INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996 was first recorded in 1996.
How many sections does INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996 have?
INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996 contains 51 sections.
What amends INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996?
INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996 has been amended by AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013.
Where can I read the official version of INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996?
The official text of INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996 is published at lom.agc.gov.my.