Skip to content
ActIn force

Akta Bank 1973

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1973
Sections
65
Languages
MS · EN

Akta Bank 1973 is Malaysia Act, cited as Act 102 1973, currently marked in force and first recorded in 1973.

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi mengadakan undang-undang baharu untuk melesen dan mengawal perniagaan bank. 15h6 April, 1973 MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I PERMULAAN

Seksyen 2

Dalam Akta ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain—

"bank" ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan bank;

"bank berlesen" ertinya sesuatu bank yang memegang suatu lesen sah dan semua pejabat dan cawangan dalam Persekutuan bagi bank tersebut hendaklah disifatkan sebagai satu bank;

"Bank Negara" ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan oleh Ordinan Bank Negara Malaysia, 1958;

"cawangan" berkenaan dengan sesuatu bank, termasuk-lah sesuatu cawangan bergerak bagi bank itu dan sesuatu cawangan yang ditubuhkan dan disenggara bagi sesuatu tempoh terhad sahaja;

"lain-lain tanggungan deposit", berkenaan dengan sesuatu bank, ertinya tanggungan tanggungan deposit di bank itu lain daripada tanggungan akaun simpanan, tanggungan semasa dan tanggungan bermasa dan tanggungan-tanggungan deposit dari mana-mana bank berlesen yang lain atau Bank Negara;

"lesen" ertinya sesuatu lesen yang diberi di bawah seksyen 3;

"pendeposit" ertinya seseorang yang mempunyai sesuatu akaun di bank, samada akaun itu adalah suatu akaun semasa, suatu akaun deposit tetap, suatu akaun simpanan atau sesuatu akaun deposit lain;

"perbadanan" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Syarikat, 1965;

"perbadanan anak" mempunyai erti yang diberi kepada nya di bawah seksyen 5 Akta Syarikat, 1965;

“perniagaan bank” ertinya perniagaan menerima wang atas akaun semasa atau akaun deposit, membayar dan memungutcek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan-pelanggan, dan memberi pendahuluan kepada pelanggan-pelanggan dan termasuklah lain-lain perniagaan sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara dengan kelulusan Menteri bagi maksud-maksud Akta ini;

"syer" ertinya syer dalam modal syer bagi sesuatu perbadanan dan termasuklah stok kecuali jika sesuatu perbezaan antara stok dan syer adalah dinyatakan atau difahamkan;

“tanggungan akaun simpanan” berkenaan dengan sesuatu bank ertinya jumlah deposit di bank itu yang biasanya menghendaki penyerahan buku simpanan untuk mendeposit atau mengeluarkan wang;

“tanggungan bermasa” berkenaan dengan sesuatu bank ertinya jumlah deposit di bank itu yang kena dibayar balik lain daripada apabila diminta, tetapi tidak termasuk tanggungan akaun simpanan atau deposit mana-mana bank berlesen yang lain atau deposit Bank Negara di bank itu;

“tanggungan semasa” berkenaan dengan sesuatu bank ertinya jumlah deposit di bank itu yang kena dibayar balik apabila diminta, tetapi tidak termasuk tanggungan akaun simpanan atau deposit mana-mana bank berlesen yang lain, atau deposit Bank Negara di bank itu.

Bahagian II

MELESEN BANK

Seksyen 3

(2)

Sesuatu perbadanan yang menghendaki kebenaran untuk menjalankan perniagaan bank di Persekutuan hendaklah memohon dengan bertulis melalui Bank Negara kepada Menteri untuk suatu lesen di bawah seksyen ini dan hendaklah memberi—

(a)

satu salinan memorandam persatuan dan tataurusan persatuan atau lain-lain suratcara yang di bawahnya perbadanan itu diperbadankan, disahkan dengan sempurna dengan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pegawai kanan perbadanan itu;

(b)

satu salinan kunci kira-kira perbadanan itu yang diodit akhir sekali; dan

(3)

Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah seksyen-kecil (2) Bank Negara hendaklah menimbangkan permohonan itu dan membuat suatu syor kepada Menteri menyatakan samada suatu lesen patut diberi atau tidak dan syarat-syarat (jika ada) yang akan dikenakan kepada lesen itu.

(4)

Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah seksyen-kecil (2) dan syor Bank Negara di bawah seksyen-kecil (3), Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 4, memberi suatu lesen, dengan atau tanpa syarat, atau enggan memberi suatu lesen.

(5)

Seseorang yang melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu keduaduanya.

Seksyen 4

(2)

Menteri hendaklah, sebelum apa-apa tindakan di bawah seksyen-kecil (1), memberi tahu tujuannya dengan bertulis hendak mengambil tindakan itu kepada bank berlesen yang berkenaan dan hendaklah memberi bank berlesen itu suatu peluang untuk mengemukakan dalam sesuatu tempoh, tidak kurang daripada empat belas hari, sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahu itu sebab-sebab mengapa syarat lesen itu tidak patut diubah atau ditarikbalik sedemikian.

(4)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi manamana syarat lesennya adalah melakukan-suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit.

(3)

Jika sesuatu lesen adalah tertakluk kepada syaratsyarat, bank berlesen itu hendaklah mematuhi syarat-syarat itu.

Seksyen 5

(a)

mengenai sesuatu bank yang diperbadankan di Persekutuan, wang modalnya yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain adalah kurang daripada dua juta ringgit Malaysia;

(b)

mengenai sesuatu bank yang diperbadankan di luar Persekutuan—

(i)

wang modalnya yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain adalah kurang daripada lima juta ringgit Malaysia; dan

(ii)

ia memegang wang kerja bersih di Persekutuan, yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain sebanyak kurang daripada dua juta ringgit Malaysia.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini—

"wang kerja bersih" berkenaan dengan sesuatu bank yang diperbadankan di luar Persekutuan ertinya tanggungantanggungan bersih cawangan-cawangan dan pejabatpejabatnya di Persekutuan kepada cawangan-cawangan dan pejabat-pejabatnya di luar Persekutuan dikira mengikut apa-apa cara yang ditetapkan dengan pemberitahu bertulis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara;

"wang modal" ertinya dan termasuklah modal yang dibayar dan rizab.

Seksyen 6

(2)

Jika Menteri berpuashati bahawa sesuatu bank berlesen telah menjadi bank yang dipunyai atau dikawal oleh sesuatu kerajaan asing, Menteri boleh terus membenarkan bank itu memegang lesennya bagi tempoh atau tempohtempoh sementara dan tertakluk kepada apa-apa syarat atau syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri bagi maksud-maksud menggulung perniagaannya di Persekutuan atau membolehkan kerajaan asing itu melepaskan dirinya dari mempunyai atau mengawal bank itu.

(3)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, sesuatu bank hendaklah disifatkan sebagai dipunyai atau dikawal oleh sesuatu kerajaan asing jika lima puluh peratus atau lebih daripada modalnya yang dikeluarkan dan dibayar adalah dipunyai oleh atau bagi pihak kerajaan mana-mana negeri lain daripada Persekutuan atau sesuatu ejensi kerajaan itu, atau jika bilangan terbesar orang-orang yang berkuasa mengarah, mengawal atau mengurus bank itu adalah dilantik oleh atau bagi pihak kerajaan atau ejensi itu.

Seksyen 7

Kecuali dengan persetujuan bertulis dari Bank Negara—

(a)

tiada sesuatu bank berlesen boleh membuka sesuatu cawangan, ejensi atau pejabat baharu di mana-mana bahagian Persekutuan; dan

(b)

tiada sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di Persekutuan boleh membuka sesuatu cawangan, ejensi atau pejabat baharu di mana-mana tempat di luar Persekutuan.

Seksyen 8

(2)

Menteri boleh menetapkan bayaran lesen yang berlainan bagi bank-bank yang berlainan menurut saiz atau tempat letaknya bank-bank atau kedua-duanya, saiz diukur mengikut bilangan cawangan, tanggungan deposit atau modal atau apa-apa campuran daripadanya.

Seksyen 9

(b)

tiada sesuatu bank boleh kemudian daripada ini diberi lesen atas suatu nama yang termasuk manamana daripada perkataan "Negara", "Komanwel" "Persekutuan" sebagai kata sifat, "Persekutuan", "Malaysia", "Malaysia" sebagai kata sifat, "Kebangsaan", "Rizab" atau "Negeri" samada dalam Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris atau dalam apa-apa bahasa lain.

(2)

Seseorang yang bertindak dengan melanggar perenggan (a) seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dipakai bagi mana-mana persatuan bank atau persatuan pekerja-pekerja bank yang ditubuhkan bagi memajukan kepentingan bersama mereka.

Seksyen 10

Jika Bank Negara ada sebab bagi mensyaki atau mempercayai bahawa seseorang adalah menguruskan perniagaan bank tanpa suatu lesen, Bank Negara boleh memeriksa buku-buku, akaun-akaun dan rekod-rekod orang itu bagi maksud menentukan samada orang itu telah melanggar àtau sedang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, dan apa-apa keengganan untuk menyerahkan buku-buku, akaun-akaun atau rekod-rekod itu tanpa sebab yang berpatutan adalah menjadi keterangan primafacie mengenai pengurusan perniagaan bank tanpa suatu lesen.

Seksyen 11

(a)

menjalankan perniagaannya dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit-pendeposit dan lain-lain sipiutangnya;

(b)

mempunyai aset-aset yang tidak mencukupi untuk meliputi tanggungannya kepada awam;

(c)

melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan Ordinan Bank Negara Malaysia, 1958; 61/58. atau

(d)

telah terhenti menjalankan perniagaan bank di Persekutuan,

Menteri boleh, atas syor Bank Negara, menarikbalik mana-mana lesen yang telah dikeluarkan kepada bank itu:

Dengan syarat bahawa Menteri hendaklah sebelum menarikbalik lesen itu memberitahu mengenai tujuannya hendak mengambil tindakan itu kepada bank yang berkenaan dan hendaklah memberi bank berlesen itu suatu peluang untuk mengemukakan dalam sesuatu tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari, sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahu itu, sebab-sebab mengapa lesen itu tidak patut ditarikbalik.

(2)

Jika lesen sesuatu bank telah ditarikbalik di bawah seksyen-kecil (1), bank itu boleh dalam tempoh tiga puluh hari dari penarikbalikan itu merayu terhadap penarikbalikan itu kepada Mahkamah Tinggi, yang boleh membuat apa-apa perintah mengenainya sebagaimana yang difikirkannya patut, termasuk apa-apa arahan tentang kos rayuan itu.

(3)

Bank Negara adalah berhak untuk didengari atas sesuatu rayuan itu.

(4)

Membuat sesuatu rayuan di bawah seksyen ini tidak boleh dengan apa-apa cara menyentuh penjalanan kuasakuasa dan kewajipan-kewajipan Bank Negara di bawah seksyen 39, 41 dan 42.

Seksyen 12

(a)

pemberitahu penarikbalikan itu hendaklah disiarkan dalam Warta; dan

(b)

bank itu hendaklah mulai dari tarikh pemberitahu itu berhenti daripada menguruskan apa-apa perniagaan bank di Persekutuan kecuali sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri atas syor Bank Negara bagi maksud-maksud menggulung perniagaan banknya.

(2)

Peruntukan-peruntukan perenggan (b) seksyen-kecil (1) tidak boleh menyentuh penguatkuasaan oleh seseorang

Seksyen 13

Bank Negara hendaklah mengarah supaya 'disiarkan dalam Warta dalam tiap-tiap satu tahun suatu senarai bagi semua bank yang telah dikeluarkan lesen-lesen kepadanya di bawah Akta ini dan jika sesuatu lesen dikeluarkan, ditarikbalik atau diserahkan balik dalam lat-tempoh antara penyiaran dua senarai itu, pemberitahu mengenainya hendaklah juga diarah supaya disiarkan dalam Warta.

akan sesuatu hak atau tuntutan terhadap bank atau oleh bank akan sesuatu hak atau tuntutan terhadap seseorang.

Bahagian III

KEHENDAK-KEHENDAK KEWANGAN DAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN BANK

Seksyen 14

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, perbahasaan "wang modal" dan "wang kerja bersih" hendaklah mempunyai erti sebagaimana yang diberi kepadanya oleh seksyen-kecil (2) seksyen 5.

Seksyen 15

(a)

hendaklah menyenggara suatu kumpulanwang rizab; dan

(b)

sebelum apa-apa dividen diisytiharkan hendaklah memindahkan kepada kumpulanwang rizab daripada keuntungan bersih tiap-tiap satu tahun, selepas peruntukan yang sepatutnya diadakan untuk cukai—

(i)

selagi jumlah kumpulanwang rizab kurang daripada lima puluh peratus daripada modal yang telah dibayar, sejumlah wang yang sama banyaknya dengan tidak kurang daripada lima puluh peratus daripada keuntungan bersih itu;

(ii)

selagi jumlah kumpulanwang rizab itu adalah lima puluh peratus tetapi kurang daripada seratus peratus daripada modal yang telah dibayar, sejumlah wang yang sama banyaknya dengan tidak kurang daripada dua puluh lima peratus daripada keuntungan bersih itu.

agregat

(2)

Jika Menteri berpuashati bahawa jumlah semua kumpulanwang rizab bagi sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di luar Persekutuan adalah mencukupi untuk perniagaannya ia boleh dengan perintah bertulis mengecualikan bank itu daripada peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1).

Seksyen 16

(2)

Jumlah atau jumlah-jumlah minima aset yang sedemikian ditetapkan untuk dipegang hendaklah dinyatakan mengikut suatu atau beberapa peratusan daripada tanggungan semasa, tanggungan akaun simpanan, tanggungan bermasa dan lain-lain tanggungan deposit bagi tiap-tiap satu bank berlesen/ samada bersesama atau berasingan, dan peratusan itu boleh diubah oleh Bank Negara dari semasa ke semasa dengan pemberitahu bertulis kepada bank itu.

(3)

Apabila Bank Negara mengeluarkan sesuatu pemberitahu di bawah seksyen-kecil (1) tiap-tiap satu bank berlesen hendaklah diberi sesuatu tempoh tangguhan yang sama, tidak kurang daripada satu minggu, sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahu itu untuk mematuhi peruntukan-peruntukannya.

(4)

Sesuatu bank berlesen tidak boleh tanpa kelulusan Bank Negara, mendahulukan apa-apa wang kepada seseorang dalam tempoh bank itu tidak mematuhi sesuatu pemberitahu di-bawah seksyen-kecil (1).

(5)

Bagi maksud mengira jumlah atau jumlah-jumlah minima aset cair di bawah seksyen ini dan aset yang dinyatakan di bawah seksyen 17 dan tanggungan semasa, tanggungan akaun simpanan, tanggungan bermasa dan lainlain tanggungan deposit bagi sesuatu bank yang menjalankan perniagaan di Persekutuan dan di tempat lain, pejabatpejabat dan cawangan-cawangan bank itu di Persekutuan hendaklah disifatkan sebagai menjadi suatu bank berasingan yang menjalankan perniagaan di Persekutuan.

(6)

Bagi maksud-maksud seksyen ini aset-aset cair ialah—

(a)

wang kertas dan siling yang sah diperlakukan di Persekutuan;

(b)

baki di Bank Negara, tidak termasuk rizab yang dinyatakan dalam perenggan (c) seksyen-kecil (1) seksyen 37 Ordinan Bank Negara Malaysia, 1958;

(c)

baki bersih dengan bank-bank di Persekutuan;

A·A454/79

(e)

bil-bil Perbendaharaan yang di keluarkan oleh Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri yang diberikuasa mengeluarkan bil-bil Perbendaharaan;

09 / A·A454/29

(f)

bil-bil pertukaran dalam negeri dan surat-surat janjihutang yang boleh didiskaun semula di Bank Negara; dan

(g)

apa-apa aset lain yang diluluskan oleh Menteri atas syor Bank Negara.

(7)

Bank Negara boleh dengan pemberitahu bertulis menghendaki tiap-tiap bank berlesen memberi apa-apa penyata atau penyata-penyata sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Bank Negara untuk pelaksanaan seksyen ini dan seksyen 17.

(8)

Mana-mana bank yang tidak mematuhi mana-mana daripada peruntukan-peruntukan seksyen ini boleh kena membayar, apabila diminta berbuat demikian oleh Bank Negara, suatu bayaran bunga penalti sebanyak tidak lebih daripada satu persepuluh daripada satu peratus daripada jumlah kekurangan bagi tiap-tiap hari kekurangan itu berterusan.

(9)

Mana-mana bank berlesen yang tidak atau enggan membayar sesuatu bayaran bunga penalti di bawah seksyenkecil (8) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Aktaini.

dan apa-apa tanggungannya yang lain yang ditentukan oleh

Bank Negara

Seksyen 17

A·A454

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen-kecil (1) aset yang dinyatakan itu ialah—

(a)

aset yang dinyatakan dalam seksyen-kecil (6) seksyen 16;

(b)

pinjaman-pinjaman atau pendahuluan-pendahuluan yang diberi kepada orang-orang di Persekutuan;

(c)

cagaran-cagaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan atau oleh Kerajaan mana-mana Negeri atau oleh mana-mana pihakberkuasa awam yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang Persekutuan, dan mana-mana cagaran lain yang dikeluarkan di Persekutuan dan diluluskan bagi maksud-maksud seksyen ini oleh Bank Negara; dan

(d)

apa-apa aset lain di Persekutuan yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Bank Negara bagi maksud-maksud seksyen ini.

(3)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi kehendak-kehendak seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.

Seksyen 18

Tiada sesuatu bank berlesen boleh dikehendaki menyenggara sesuatu peratusan aset cair atau aset yang dinyatakan dalam seksyen-kecil (2) seksyen 17 samada terhadap tanggungan semasanya atau terhadap tanggungan akaun simpanannya atau terhadap tanggungan bersamanya atau lain-lain tanggungan-tanggungan depositnya bersesama atau berasingan yang lebih tinggi daripada yang dikehendaki disenggara oleh mana-mana bank berlesen yang lain.

( locabiliti-locabiliti

Seksyen 19

(2)

Menteri atas syor Bank Negara boleh melantik seorang juruodit—

(a)

jika bank berlesen itu tidak melantik seorang juruodit; atau

(b)

jika difikirkannya perlu supaya seorang lagi juruodit bertindak bersama dengan juruodit yang dilantik di bawah seksyen-kecil (1), a alaw aba-ab hinbilitinya tanggunginnya yang lain yang ditentukan oleh

Bank Negara dan boleh menetapkan saraan yang akan dibayar oleh bank berlesen itu kepada juruodit itu.

(3)

Kewajipan-kewajipan juruodit yang dilantik di bawah seksyen-kecil (1) dan (2) ialah—

(i)

mengenai sesuatu bank yang diperbadankan di Persekutuan, pengoditan akaun-akaun bank itu; dan

(ii)

mengenai sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di luar Persekutuan, pengoditan akaun-akaun bank itu berkenaan dengan pengendaliannya di Persekutuan; dan

(b)

membuat suatu lapuran menurut seksyen 174 Akta Syarikat, 1965—

(i)

mengenai sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di Persekutuan, berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunan; dan

(ii)

mengenai sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di luan Persekutuan, berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunan berkenaan dengan pengendaliannya di Persekutuan.

(4)

(a)

Lapuran juruodit yang tersebut dalam perenggan (b) (i) seksyen-kecil (3) hendaklah dibentangkan bersama dengan lapuran pengarah-pengarah bank berlesen itu di mesyuarat agung tahunan bank itu; dan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh pegawai kanan bank itu yang bermaksud bahawa lapuran itu telah sedemikian dibentangkan hendaklah menyertai suratan-suratan yang dihantar di bawah perenggan (c) seksyen-kecil (1) seksyen 20.

(b)

Lapuran juruodit berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunan bagi sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di luar Persekutuan yang dihantar di bawah perenggan (c) (i) seksyen-kecil (1) seksyen 20 boleh dibuat dengan cara yang mematuhi undang-undang yang pada masa itu dipakai di tempat perbadanan atau tempat asalnya.

(5)

Tiada seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam sesuatu bank berlesen lain daripada sebagai seorang pemegang syer, dan tiada seseorang pengarah atau pegawai bank itu layak dilantik sebagai juruodit bagi bank itu; dan seseorang yang dilantik sebagai juruodit bagi sesuatu bank berlesen yang selepas perlantikan itu memperolehi kepentingan itu atau menjadi seorang pengarah atau seorang pegawai bank itu hendaklah sertamerta berhenti daripada menjadi juruodit.

(6)

Kewajipan-kewajipan, kuasa-kuasa dan tanggungantanggungan yang dikenakan dan diberi oleh seksyen 35 berhubung dengan sesuatu penyiasatan oleh Bank Negara mengenai hal ehwal sesuatu bank berlesen di bawah seksyen 33 atau 34 adalah dengan ini dikenakan dan diberi berkenaan dengan juruodit-juruodit yang dilantik di bawah seksyen ini.

(7)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi kehendak-kehendak seksyen-kecil (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit.

Seksyen 20

(a)

menunjukkan di suatu tempat yang mudah dilihat di tiap-tiap pejabat atau tempat perniagaan di Persekutuan—

(i)

satu salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diodit akhir sekali bersama dengan apa-apa catitan mengenainya, dan lapuran juruodit;

(iii)

nama semua perbadanan anak bagi bank itu pada masa itu;

(b)

menyiarkan dalam masa empat belas hari selepas daripada dibentangkan akaunnya di mesyuarat agung tahunannya dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Persekutuan dan diluluskan oleh Bank Negara, satu dalam Bahasa Kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris satu salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diodit akhir sekali, bersama dengan apa-apa catitan mengenainya, dan lapuran juruodit; dan

(c)

dalam masa enam bulan selepas ditutup tiap-tiap satu tahun kewangan atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang diluluskan oleh Bank Negara, menghantar kepada Bank Negara—

(i)

dua salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diodit akhir sekali, bersama dengan apa-apa catitan mengenainya, dan lapuran juruodit dan pengarah-pengarah;

(ii)

mengenai sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di Persekutuan dengan cawangancawangan di luar Persekutuan, dua salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diodit akhir sekali berkenaan dengan pengendaliannya di Persekutuan dan dua salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diodit akhir sekali berkenaan dengan pengendaliannya dalam tiap-tiap satu negeri di luar Persekutuan; dan

(iii)

mengenai sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di luar Persekutuan, dua salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diodit akhir sekali berkenaan dengan pengendaliannya di Persekutuan.

(2)

Bentuk dan kandungan kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian dan lapuran pengarah-pengarah hendaklah sebagaimana diluluskan oleh Bank Negara:

Dengan syarat bahawa seksyen-kecil ini tidak dipakai bagi suratan-suratan yang tersebut—

(a)

dalam perenggan (c) (i) seksyen-kecil (1) berkenaan dengan sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di luar Persekutuan; dan

(b)

dalam perenggan (c) (ii) seksyen-kecil (1) berkenaan dengan pengendalian di tiap-tiap satu negeri di luar Persekutuan.

(3)

Bank Negara boleh menghendaki sesuatu bank berlesen mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu samada dengan jalan penghuraian; penjelasan atau lain-lain berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan

BANK kerugian yang dihantar oleh bank itu di bawah perenggan (c) seksyen-kecil (1) dan bahawa maklumat itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank Negara.

(4)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit.

Seksyen 21

(a)

tidak lewat daripada lima belas hari selepas hari akhir tiap-tiap satu bulan suatu penyata menunjukkan tanggungan dan aset bagi pejabat-pejabat dan cawangan-cawangan banknya di Persekutuan pada penutupan perniagaan pada hari perniagaan akhir dalam bulan dahulunya;

(b)

suatu penyata memberi suatu analisa mengenai pinjaman-pinjaman dan pendahuluan-pendahuluan bagi pejabat-pejabat dan cawangan-cawangan banknya di Persekutuan seperti pada apa-apa lat tempoh dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan melalui pemberitahu dari semasa ke semasa oleh Bank Negara;

(c)

tidak lewat daripada enam bulan selepas ditutup tahun kewangannya suatu penyata yang menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan berkenaan dengan perniagaannya di Persekutuan; dan

(d)

apa-apa maklumat perangkaan sebagaimana yang diminta oleh Bank Negara.

(2)

Apa-apa maklumat yang diterima daripada sesuatu bank di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai rahsia antara bank itu dan Bank Negara.

(3)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi sesuatu kehendak yang dinyatakan dalam seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.

(4)

Adalah menjadi tanggungjawab Bank Negara menyedia dan menyiarkan penyata-penyata yang di satukan menjumlahkan angka-angka dalam penyata-penyata yang diberi di bawah perenggan (a) dan (b) seksyen-kecil (1).

22

Seksyen 22

Sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di Persekutuan yang mengendalikan pejabat-pejabat cawangan atau ejensi-ejensi di luar Persekutuan hendaklah memberi kepada Bank Negara apa-apa maklumat berhubung dengan pengendalian pejabat-pejabat atau ejensi-ejensi itu sebagaimana diminta oleh Bank Negara.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV PEMUNYAAN, PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BANK-BANK

Seksyen 23

(2)

(a)

Apabila sesuatu pinjaman atau pendahuluan diberi oleh mana-mana bank berlesen yang jumlahnya dijamin dengan dua puluh peratus atau lebih daripada syer modal yang telah dibayar bagi mana-mana bank berlesen lain yang diperbadankan di Persekutuan, bank berlesen itu hendaklah melapurkan nyataan-itu kepada Bank Negara.

(b)

Lapuran yang dikehendaki dibuat di bawah seksyen-kecil ini hendaklah mengandungi yang berikut—

(i)

nama dan alamat peminjam-peminjam;

(ii)

nama bank berlesen yang mengeluarkan syer-syer yang pinjaman atau pendahuluan itu bercagarkan;

(iii)

bilangan syer-syer yang dengannya pinjaman atau pendahuluan itu berecagarkan; dan

(3)

Lapuran-lapuran di bawah seksyen-kecil (1) dan (2) hendaklah menjadi tambahan kepada apa-apa lapuran yang mungkin dikehendaki menurut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, perbahasaan "pengawalan" berkenaan dengan sesuatu bank ertinya pemilikan secara langsung atau secara taklangsung kuasa untuk mengarah atau menyebabkan pengarahan pengurusan dan dasar bank itu.

(5)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada/lima ribu ringgit.

Seksyen 24

(i)

untuk menjual atau melupuskan syer-syer atau perniagaannya; atau

(b)

(i)

skim yang dicadangkan bagi membina semula bank itu; atau dalam mana kesemua atau mana-mana bahagian daripada usaha atau harta bank itu akan dipindah-milik kepada suatu perbadanan lain.

yang akan mengakibatkan sesuatu perubahan dalam pengawalan atau pengurusan bank itu; dan

(ii)

skim yang dicadangkan bagi menyatukan, mencantumkan, atau selainnya bank itu, dengan sesuatu perbadanan lain,

(ii)

mengenai kuasa mengundi, pengurusan atau perkara-perkara lain,

(2)

Menteri atas syor Bank Negara boleh meluluskan atau enggan membenarkan perkiraan, perjanjian atau skim yang dicadangkan itu:

Dengan syarat bahawa kelulusan Menteri itu tidak boleh ditahan secara yang tidak berpatutan.

Seksyen 25

(a)

jika ia menjadi bankrap, menggantung pembayaran atau mengkompaun dengan sipiutang-sipiutangnya; atau

(b)

jika ia disabitkan atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan kecurangan atau tipuan.

(2)

Tiada seseorang yang telah menjadi seorang pengarah bagi, atau secara langsung berkenaan dalam pengurusan, sesuatu bank berlesen yang telah digulung oleh sesuatu mahkamah boleh tanpa kebenaran nyata daripada Menteri bertindak atau terus bertindak sebagai seorang pengarah bagi, atau secara langsung berkenaan dalam pengurusan, sesuatu bank.

(3)

Seseorang yang bertindak dengan melanggar seksyenkecil (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada/lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

Bahagian V

Seksyen 26

(a)

membayar apa-apa dividen atas syer-syernya sehingga semua perbelanjaannya yang dipermodalkan (termasuk belanja-belanja permulaan, belanja penubuhan, kamsen menjual syer, bayaran broker, jumlah kerugian yang dilakukan dan apa-apa butiran perbelanjaan lain yang tidak berupa aset zahir) telah dihapuskira dengan sepenuhnya;

(i)

mana-mana-daripada pengarahnya;

(ii)

sesuatu firma dalam mana ianya atau manamana daripada pengarahnya ada kepentingan sebagai kongsi, pengurus atau ejen, atau kepada mana-mana orang persaorangan atau firma yang mana-mana daripada pengarahnya adalah seorang penggerenti;

(iii)

mana-mana perbadanan yang disifatkan sebagai berkaitan dengan bank itu sebagaimana diperihalkan dalam seksyen 6 Akta Syarikat, 1965 lain daripada sesuatu bank berlesen atau sesuatu syarikat meminjam yang diberi lesen di bawah Akta Syarikat Meminjam, 1969; atau

(d)

kecuali dalam keadaan-keadaan khas sebagaimana yang dibenarkan oleh Bank Negara, memberi kepada pegawai-pegawai, pekerja-pekerjanya atau orang-orang lain, iaitu orang-orang yang menerima saraan daripada bank berlesen itu (lain daripada akauntan, peguambela dan peguamcara, akitek, ejen hartanah, doktor dan mana-mana orang lain yang menerima saraan daripada sesuatu bank berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan profesional mereka) pendahuluan-pendahuluan takbercagar, pinjaman-pinjaman takbercagar atau kemudahankemudahan kredit takbercagar yang pada jumlahnya dan belum dijelaskan pada mana-mana satu masa lebih daripada enam bulan saraan pegawai, pekerja atau orang itu.

(2)

Semua pengarah bank itu hendaklah kena bersesama dan masing-masing menanggungrugi bank itu terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada pemberian apa-apa pendahuluan takbercagar, pinjaman takbercagar atau kemudahan kredit takbercagar di bawah perenggan-kecil (i) dan (ii) perenggan (c) seksyen-kecil (1).

(3)

Bagi maksud-maksud seksyen ini—

"pendahuluan-pendahuluan takbercagar", "pinjaman pinjaman takbercagar" dan "kemudahan-kemudahan kredit takbercagar" masing-masing ertinya pendahuluan, pinjaman dan kemudahan kredit yang diberi tanpa cagaran atau berkenaan dengan apa-apa pendahuluan, pinjaman dan kemudahan kredit yang diberi dengan cagaran, mana-mana bahagiannya yang pada bila-bila masa lebih daripada nilai pasaran bagi aset-aset yang menjadi cagaran itu, atau jika Bank Negara berpuashati bahawa tiada sesuatu nilai pasaran yang tertentu, nilai yang dibuat atas asas sesuatu penilaian yang diluluskan oleh Bank Negara;

“pengarah” termasuklah isteri, suami, bapa, ibu, anak lelaki atau anak perempuan kepada seseorang pengarah.

Seksyen 27

(a)

kepada mana-mana daripada pengarahnya (sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen-kecil (3) seksyen 26);

(b)

kepada mana-mana firma atau perbadanan yang mana-mana daripada pengarahnya (sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen-kecil (3) seksyen 26) adalah seorang kongsi, pengarah, pengurus atau ejen atau kepada mana-mana perbadanan yang pendahuluan kemudahan pengarah pengarah sub by A-A529

Akta 102 dalam syer-syernya mana-mana pengarahnya (sebagaimana ditakrifkan sedemikian) ada mempunyai kepentingan; atau

(c)

kepada mana-mana orang perseorangan, firma atau perbadanan yang mana-mana daripada pengarah-pengarahnya (sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen-kecil (3) seksyen 26) adalah seorang penggerenti, melainkan jika syarat-syarat yang berikut adalah dipenuhi—

(a)

bahawa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu memenuhi standad-standad kelayakan kredit yang dikehendaki dari lain-lain peminjam-peminjam yang memohon;

(b)

bahawa syarat-syarat pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit tidak kurang baiknya kepada bank itu daripada yang ditawarkan kepada orang-orang lain;

(c)

bahawa pemberian pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu akan memberi kebajikan yang paling baik kepada bank itu; dan

(d)

bahawa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit telah diluluskan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga dari semua pengarah lain bank itu dan kelulusan itu telah direkodkan dalam minit mesyuarat pengarah-pengarah.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen-kecil (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai mempunyai kepentingan dalam syer-syer sesuatu perbadanan jika—

(a)

orang itu mempunyai dua puluh peratus atau lebih dari modal syer perbadanan itu yang telah dibayar;

(b)

dua puluh peratus atau lebih dari syer modal perbadanan itu yang telah dibayar adalah tertakluk kepada suatu amanah yang di bawahnya (mengikut pengetahuan orang itu) ia ada mempunyai kepentingan;

(c)

perbadaan itu atau pengarah-pengarahnya adalah biasa atau di bawah sesuatu kewajipan, samada rasmi atau tidak rasmi, bertindak mengikut arahan-arahan, perintah-perintah atau kehendak-kehendak orang itu berhubung dengan dua puluh peratus atau lebih dari syer modal perbadanan itu yang telah dibayar;

(d)

bahawa orang itu adalah berhak untuk menjalankan atau mengawal penjalanan tidak kurang daripada dua puluh peratus atau apa-apa peratusan lain sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Bank Negara, dari undi-undi yang berkaitan dengan syer-syer undi dalam perbadanan itu;

(e)

bahawa orang itu telah membuat suatu kontrek untuk membeli dua puluh peratus atau lebih syer modal perbadanan itu yang telah dibayar;

(f)

bahawa orang itu mempunyai suatu hak lain daripada sebab mempunyai kepentingan di bawah sesuatu amanah, untuk mendapatkan dua puluh peratus atau lebih dari syer modal yang telah dibayar itu dipindahmilik kepadanya sendiri atau kepada perintahnya, samada hak itu boleh dijalankan di masa itu atau di masa hadapan dan samada dengan memenuhi sesuatu syarat atau tidak;

(g)

bahawa orang itu mempunyai hak untuk mendapatkan dua puluh peratus atau lebih dari syer modal perbadanan itu yang telah dibayar di bawah sesuatu opsyen samada hak itu boleh dijalankan di masa itu atau di masa hadapan dan samada dengan memenuhi sesuatu syarat atau tidak;

(h)

bahawa orang itu adalah berhak (lain dari sebab ianya telah dilantik seorang proxi atau wakil untuk mengundi di suatu mesyuarat ahli-ahli perbadanan itu atau mesyuarat sesuatu klas ahli-ahlinya) untuk menjalankan atau mengawal perjalanan hak yang berkaitan dengan dua puluh peratus atau lebih dari syer modal perbadanan itu yang telah dibayar, iaitu bukan syer yang ia adalah pemegang berdaftarnya; atau

(i)

jumlah semua syer yang dengannya ada berkaitan dua atau lebih keadaan yang tersebut dalam perenggan yang lalu di atas, adalah pada sesuatu masa dua puluh peratus atau lebih dari syer modal perbadanan itu yang telah dibayar.

Seksyen 28

(2)

Kehendak-kehendak seksyen-kecil (1) tidak boleh dipakai dalam sesuatu hal jika kepentingan pengarah itu adalah terdiri hanya daripada menjadi seorang anggota atau sipiutang sesuatu perbadanan, yang ada kepentingan di dalam sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit, atau pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang dicadangkan daripada bank berlesen itu jika kepentingan pengarah itu boleh dengan sepatutnya dianggap sebagai bukan sesuatu kepentingan matan.

(3)

Bagi maksud-maksud seksyen-kecil (1), suatu pemberitahu am yang diberi kepada lembaga pengarah sesuatu bank berlesen oleh seseorang pengarah yang bermaksud bahawa ia adalah seorang pegawai atau anggota sesuatu firma tertentu atau seorang anggota sesuatu perbadanan tertentu dan ianya hendaklah dianggap sebagai ada kepentingan di dalam sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang mungkin, selepas tarikh pemberitahu itu, diberi kepada firma atau perbadanan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perisytiharan kepentingan yang cukup berkenaan dengan sesuatu pendahuluan pinjaman atau kemudahan kredit yang sedemikian diberi jika—

(a)

ia menyatakan jenis dan takat kepentingannya di dalam sesuatu firma atau perbadanan tertentu;

(b)

kepentingannya tidaklah berlainan jenisnya atau lebih besar takatnya daripada jenis dan takat yang dinyatakan sedemikian dalam pemberitahu itu pada masa sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit diberi; dan

(c)

ianya diberi pada mesyuarat pengarah-pengarah atau pengarah itu mengambil langkah yang menasabah untuk mempastikan supaya ia dikemukakan dan dibaca di mesyuarat pengarah-pengarah yang berikutnya selepas ia diberi.

(4)

Tiap-tiap pengarah sesuatu bank berlesen yang memegang sesuatu jawatan atau memiliki apa-apa harta dengan mana samada secara langsung atau secara taklangsung kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan bertentangan dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang pengarah hendaklah mengisytiharkan di suatu mesyuarat pengarah-pengarah bank berlesen itu nyataan dan keadaan, jenis dan takat pertentangan itu.

(5)

Perisytiharan yang tersebut dalam seksyen-kecil (4) hendaklah dibuat pada mesyuarat pertama pengarah-pengarah yang diadakan—

(a)

selepas ia menjadi seorang pengarah bank berlesen itu; atau

(b)

(jika sudah pun menjadi seorang pengarah) selepas ia mula memegang jawatan atau memiliki harta mengikut mana yang berkenaan.

(6)

Setiausaha bank berlesen itu hendaklah /mengarahkan supaya dikemukakan dan dibaca apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) atau (4) pada mesyuarat bagi pengarah-pengarah yang berikutnya selepas ianya diberi, dan hendaklah merekodkan apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini dalam minit mesyuarat di mana ianya telah dibuat atau di mana ianya telah dikemukakan dan dibaca.

(7)

Seseorang pengarah yang bertindak dengan melanggar seksyen-kecil (1) atau (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

Seksyen 29

(2)

Sesuatu overdraf atau lain-lain kemudahan kredit yang diberi di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang hendaklah diperakaun di dalam suatu akaun yang berasingan daripada yang disimpan bagi apa-apa kemudahan kredit lain yang diberi kepadanya.

(3)

Bank Negara boleh kepada mana-mana bank hal yang berikut, iaitu— memberi arahan dengan bertulis berlesen berkenaan dengan hal-

(a)

asas dan cara bagi menentukan nilai pasar syersyer yang dipegang sebagai cagaran bagi overdraf atau kemudahan kredit itu;

(b)

pengeluaran wang atau syer-syer oleh orang yang kepadanya overdraf atau kemudahan kredit itu telah diberi;

(c)

penggantian syer-syer yang dipegang dengan syersyer lain sebagai cagaran bagi overdraf atau lainlain kemudahan kredit itu; dan

(d)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu.

(4)

Mana-mana bank berlesen yang bertindak dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini atau sesuatu arahan yang diberi di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Seksyen 30

(2)

Sesuatu pinjaman atau pendahuluan yang bercagarkan semata-mata suatu gadaian, suratikatan amanah atau lain-lain suratcara atas harta takalih atau surat-surat atau lain-lain tanggungan yang bercagarkan sedemikian adalah, bagi maksud-maksud seksyen ini, suatu pinjaman atau pendahuluan yang bercagarkan harta takalih; sesuatu pinjaman atau pendahuluan yang bercagarkan sebahagiannya gadaian, suratikatan amanah, atau lain-lain suratcara atas harta takalih, atau surat-surat atau lain-lain tanggungan yang bercagarkan sedemikian atau apa-apa lain bentuk cagaran, adalah bagi maksud seksyen ini suatu pinjaman atau pendahuluan yang bercagarkan harta takalih setakat, tetapi hanya setakat, nilai harta takalih itu sebagai suatu cagaran sebagaimana ditentukan oleh Bank Negara.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melarang sesuatu bank daripada menerima sebagai cagaran bagi sesuatu pinjaman atau pendahuluan yang dibuat dengan suci hati tanpa cagaran atau atas cagaran yang kemudiannya didapati tidak mencukupi sesuatu gadaian, suratikatan amanah atau lain-lain suratcara atas harta takalih atau surat-surat atau lain-lain tanggungan yang bercagarkan sedemikian.

(4)

Sesuatu bank berlesen yang bertindak dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Seksyen 31

(1)

Tiada sesuatu bank berlesen boleh mengambil bahagian, samada bagi pihaknya sendiri atau atas asas kamsen dan samada bersendirian atau bersama dengan lain-lain, dalam perdagangan borong atau runcit termasuk perdagangan impot dan ekspot kecuali pada menyelesaikan hutang-hutang yang kena dibayar kepadanya bagi maksud-maksud menjalankan perniagaan banknya.

Seksyen 32

Sesuatu bank berlesen, jika pada bila-bila masa diminta dengan bertulis oleh Bank Negara untuk berbuat demikian, hendaklah memuaskan hatinya dengan pengemukaan apa-apa keterangan atau maklumat sebagaimana yang di-kehendakinya bahawa bank itu tidak bertindak dengan melanggar mana-mana peruntukan-peruntukan seksyen 26,26A,27,27A,29 27, 29, 30 dan 31.

Bukti mengenai pematuhan seksyen 26,26A,27,27A,29 dan 31.

(4.4529)

(2)

Peruntukan-peruntukan seksyen ini tidak boleh dipakai bagi pembelian atau penjualan emas oleh sesuatu bank berlesen.

(3)

Sesuatu bank berlesen yang bertindak dengan melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(b)

memberi sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit terhadap cagaran syer-syernya sendiri; atau

SEKATAN MENGENAI PERNIAGAAN

(c)

memberi pendahuluan takbercagar, pinjaman takbercagar atau kemudahan kredit takbercagar lebih daripada sepuluh ribu ringgit pada jumlahnya dan belum dijelaskan pada mana-mana satu masa kepada—

Bahagian VI

KUASA PENGAWASAN DAN PENGAWALAN KE ATAS BANK-BANK

Seksyen 33

Bank Negara hendaklah dari semasa ke semasa menyiasat secara rahsia, buku-buku, akaun-akaun dan urusan-urusan bagi tiap-tiap satu bank berlesen dan bagi mana-mana cawangan, ejensi atau pejabat di luar Persekutuan yang dibuka oleh sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di Persekutuan.

Seksyen 34

Menteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan Bank Negara membuat sesuatu penyiasatan, secara rahsia, mengenai buku-buku, akaun-akaun dan urusan-urusan sesuatu bank berlesen, jika ia ada sebab bagi mempercayai bank berlesen itu adalah menjalankan perniagaannya dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit-pendeposit dan lain-lain sipiutangnya, atau mempunyai aset-aset yang tidak mencukupi untuk meliputi tanggungannya kepada awam, atau adalah melanggar peruntukan-peruntukan Akta ini atau peruntukan-peruntukan Ordinan Bank Negara Malaysia, 1958.

Seksyen 35

(2)

Sesuatu bank berlesen yang tidak membenarkan bukubuku, akaun-akaun dan suratan-suratannya dilihat atau tidak memberi maklumat atau kemudahan-kemudahan mengikut seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.

(3)

Bagi maksud-maksud sesuatu penyiasatan di bawah seksyen 33 dan 34, semua pegawai dan pekerja Bank Negara hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan yang berkenaan.

Seksyen 36

(2)

Kecuali dengan kebenaran bertulis Bank Negara dan setakat yang dinyatakan di dalamnya, tiada seseorang pegawai sesuatu bank berlesen dan tiada seseorang yang oleh kerana kedudukan atau jawatannya boleh dengan apa-apa cara jua melihat-rekod-rekod bank itu, daftar-daftar atau apa-apa surat menyurat atau bahan berkenaan dengan akaun mana-mana pelanggan perseorangan bank itu boleh memberi, menzahirkan atau membuka apa-apa jua maklumat berkenaan dengan wang atau lain-lain butir yang berkaitan mengenai akaun pelanggan itu melainkan jika—

(a)

pelanggan itu atau wakil dirinya memberi kebenarannya untuk berbuat demikian;

(c)

maklumat itu dikehendaki untuk menilai kelayakan kredit pelanggan itu berhubung dengan biro kredit yang ditubuhkan dengan kelulusan Bank Negara atau berkenaan dengan sesuatu/urusan-perdagangan bona fide atau sesuatu urusan perdagangan jangkaan.

(3)

Peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (2) tidak boleh dipakai bagi pemberian maklumat kepada juruodit-juruodit yang dilantik di bawah seksyen 19, pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja bank itu yang bermastautin di Persekutuan.

(4)

Seseorang yang bertindak dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

Seksyen 37

(a)

mana-mana daripada pengarahnya (sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen-kecil (3) seksyen 26);

AKTA102

(b)

mana-mana firma yang didalamnya ia atau manamana daripada pengarahnya (sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen-kecil (3) seksyen 26) adakepentingan sebagai kongsi, pengurus, ejen atau penggerenti;

(c)

mana-mana orang perseorangan yang baginya manamana daripada pengarahnya (sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen-kecil 3 seksyen 26), adalah seorang penggerenti;

(d)

sesuatu perbadanan yang disifatkan sebagai berkaitan dengan bank itu sebagaimana diperihalkan dalam seksyen 6 Akta Syarikat, 1965;

(e)

mana-mana dari pegawai-pegawainya, pekerja-pekerjanya, atau orang-orang lain iaitu orang-orang yang menerima saraan daripadanya (lain daripada akauntan, peguambela dan peguamcara, akitek, ejen hartanah, doktor dan mana-mana orang lain yang menerima saraan daripada sesuatu bank berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan profesional mereka) lebih daripada enam bulan saraan pegawai, pekerja atau orang lain itu;

(f)

sesuatu perbadanan yang di dalamnya ia atau manamana daripada pengarah (sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen-kecil (3) seksyen 26), pegawai-pegawainya, pekerja-pekerjanya atau orang-orang lain iaitu orang-orang yang menerima saraan daripadanya (lain daripada akauntan, peguambela dan peguamcara, akitek, ejen hartanah, doktor dan mana-mana orang lain yang menerima saraan daripada sesuatu bank berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan profesional mereka) ada kepentingan sebagai seorang pengarah, pengurus, ejen atau penggerenti atau yang di dalam syersyernya mana-mana daripada orang-orang tersebut di atas ada kepentingan dalam erti seksyen-kecil (2) seksyen 27; dan

(g)

mana-mana orang perseorangan yang mengenainya dan sesuatu firma atau perbadanan yang di dalamnya mana-mana daripada pengarah ada kepentingan, secara langsung atau secara tak langsung, sebagaimana diisytiharkan di bawah seksyen 28 lain daripada pendahuluan-pendahuluan, pinjaman-pinjaman dan kemudahan-kemudahan kredit yang butir-butir mengenainya telah pun diberi menurut perenggan-perenggan yang lalu di atas.

(2)

Jika dalam pemeriksaan butir-butir yang diberi oleh sesuatu bank berlesen di bawah seksyen-kecil (1) Bank Negara berpendapat bahawa sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu adalah diberi dengan memudaratkan kepentingan pendeposit-pendeposit bank itu, Bank Negara boleh dengan perintah bertulis melarang bank itu daripada memberi apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit selanjutnya atau mengenakan apa-apa sekatan yang difikirkan patut oleh Bank Negara terhadap pemberiannya, dan boleh selanjutnya mengarahkan supaya bank itu mendapatkan pembayaranbalik sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu dalam apa-apa tempoh dan setakat mana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3)

Sesuatu bank yang telah pun diberi sesuatu perintah oleh Bank Negara menurut seksyen ini, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri, dan Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, mengesahkan, mengubah atau menarikbalik perintah Bank Negara itu.

Seksyen 38

Sesuatu bank berlesen yang berpendapat bahawa ia mungkin tidak berupaya menjelaskan tanggungan-tanggungannya atau hampir hendak menggantung pembayaran hendaklah dengan sertamerta memberitahu Bank Negara akan hal itu.

Seksyen 39

(i)

bahawa ia berpendapat bahawa ia mungkin tidak berupaya menjelaskan tanggungantanggungannya; atau

(b)

sesuatu bank berlesen menjadi tidak berupaya menjelaskan tanggungan-tanggungannya atau ia menggantung pembayaran; atau

(c)

selepas sesuatu penyiasatan dibuat di bawah seksyen 33 atau 34 Bank Negara berpendapat bahawa sesuatu bank berlesen—

(i)

adalah menjalankan amalan yang tidak sempurna atau tidak sepatutnya;

(ii)

mungkin tidak berupaya menjelaskan tanggungan-tanggungannya atau hampir hendak menggantung pembayaran;

(iii)

telah melanggar atau tidak mematuhi manamana peruntukan Akta ini;

(iv)

telah melanggar atau tidak mematuhi manamana syarat yang dikenakan ke atas lesennya; atau

(v)

mungkin akan menjalankan perniagaannya secara yang memudaratkan kepentingan-kepentingan pendeposit-pendepositnya,

Bank Negara, dengan persetujuan Menteri, boleh menjalankan satu atau lebih kuasa-kuasa yang dinyatakan dalam seksyen-kecil (2) sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(2)

Tertakluk kepada seksyen-kecil (1), Bank Negara boleh—

(a)

mengeluarkan perintah-perintah kepada bank supaya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Bank Negara untuk membetulkan perkara itu dan bank itu hendaklah menjalankan perintah-perintah itu dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara;

(b)

melarang bank itu daripada memberi apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit selanjutnya bagi apa-apa tempoh atau tempoh-tempoh sebagaimana yang dinyatakan dan tertakluk kepada apa-apa pengecualian jika ada, dan lain-lain syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Bank Negara;

(c)

memecat daripada jawatan mana-mana daripada pengarahnya atau melantik mana-mana orang sebagai pengarahnya;

(d)

melantik seseorang untuk menasihatkan bank itu tentang penjalanan yang sepatut bagi perniagaannya;

(e)

mengambil alih kawalan dan menjalankan perniagaan bank itu atau melantik seseorang lain untuk mengambil alih kawalan dan menjalankan perniagaan bank itu; atau

(f)

menyampaikan sesuatu rayuan kepada Mahkamah Tinggi meminta Mahkamah itu menggulung bank itu.

(3)

Jika Bank Negara telah melantik seseorang—

(a)

untuk menjadi seorang pengarah bank di bawah perenggan (c) seksyen-kecil (2);

(b)

untuk menasihatkan bank tentang penjalanan yang sepatutnya bagi perniagaannya di bawah perenggan (d) seksyen-kecil (2); atau

(c)

untuk mengambil alih kawalan dan menjalankan perniagaan bank itu di bawah perenggan (e) seksyen-kecil (2),

Bank Negara boleh menetapkan saraan dan perbelanjaan yang akan dibayar kepada orang itu oleh bank.

Seksyen 40

Jika Bank Negara telah bertindak di bawah perenggan (c) seksyen-kecil (2) seksyen 39 berkenaan dengan sesuatu bank berlesen, peruntukan-peruntukan yang berikut hendak-lah berkuatkuasa—

(a)

walau apapun yang terkandung dalam Akta Syarikat, 1965 dan tataurusan persatuan bank itu, hak-hak bagi ahli-ahli atau pemegang-pemegang syer untuk memilih pengarah-pengarah bank itu bagi menggantikan mereka-mereka yang telah dipecat dari jawatan oleh Bank Negara hendaklah terhenti daripada berkuatkuasa;

(b)

seseorang pengarah yang dipecat dari jawatan di bawah perenggan itu hendaklah terhenti daripada memegang jawatan, dan tidaklah berhak untuk menuntut apa-apa pampasan kerana kehilangan atau penamatan jawatan; dan

(c)

tiap-tiap pemecatan atau perlantikan di bawah perenggan itu adalah/akhir dan muktamad dan tidak boleh disoal dalam mana-mana Mahkamah.

Seksyen 41

(2)

Jika Bank Negara telah mengambil alih kawalan atau telah melantik seorang lain untuk mengambil alih kawalan perniagaan sesuatu bank berlesen menurut perenggan (e) seksyen-kecil (2) seksyen 39 maka Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan bank itu, memerintahkan supaya Bank Negara berhenti mengawal perniagaan bank itu mulai daripada suatu tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu jika Mahkamah Tinggi berpuashati bahawa tidaklah lagi perlu bagi Bank Negara meneruskan kawalannya terhadap perniagaan bank itu untuk perlindungan pendeposit-pendeposit bank itu.

(3)

Jika Bank Negara telah mengambil alih kawalan atau telah melantik seorang lain untuk mengambil alih kawalan perniagaan sesuatu bank berlesen menurut perenggan (e) seksyen-kecil (2) seksyen 39, atau telah berhenti mengawal perniagaan sesuatu bank berlesen menurut seksyen ini, Bank Negara hendaklah memberitahu nyataan itu dalam Warta.

Seksyen 42

(2)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi seksyen-kecil (1) atau mana-mana kehendak Bank Negara di bawah seksyen-kecil itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih dari-pada satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.

Seksyen 43

Apa-apa sebutan dalam Bahagian ini mengenai sesuatu bank berlesen hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai sesuatu perbadanan anak bagi sesuatu bank berlesen, tetapi tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini dipakai bagi sesuatu pejabat atau cawangan di luar Persekutuan bagi sesuatu perbadanan anak bagi sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di luar Persekutuan.

Seksyen 44

(2)

Bank Negara boleh, dengan kelulusan Menteri, jika difikirkannya berfaedah kepada kepentingan-kepentingan pendeposit-pendeposit itu, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah menahan permulaan atau penerusan mana-mana pembicaraan oleh atau terhadap bank itu berkenaan dengan apa-apa perniagaan bank itu. Sesuatu perintah itu adalah sah selama suatu tempoh tidak lebih daripada enam bulan.

(3)

Selagi sesuatu perintah di bawah seksyen-kecil (1) terus berkuatkuasa lesen yang diberi kepada bank di bawah Akta ini adalah digantung.

(4)

Jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen-kecil (1), Bank Negara hendaklah memberitahu nyataanitu dalam Warta.

Seksyen 45

(2)

Tiap-tiap bank berlesen samada diperbadankan di dalam atau di luar Persekutuan hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas dibuat apa-apa pindaan atau perubahan dalam memorandam persatuan dan tataurusan persatuan atau lain-lain suratcara yang di bawahnya ia diperbadankan memberi kepada Menteri melalui Bank Negara butir-butir bertulis (disahkan dengan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seseorang pegawai kanan bank itu) mengenai pindaan atau perubahan itu.

AKTA102

(3)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi kehendak-kehendak seksyen-kecil (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.

Bahagian VII

Seksyen 46

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini seseorang Menteri dan mana-mana pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai seseorang pegawai Kerajaan; dan Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara dan mana-mana pengarah atau pekerjanya dan mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan di dalamnya atau yang dilantik oleh Bank Negara di bawah perenggan (c), (d), atau (e) seksyen-kecil (2) seksyen 39 hendaklah disifatkan sebagai seseorang pegawai Bank Negara.

Seksyen 47

Jika sesuatu bank berlesen tidak berupaya menjelaskan tanggungan-tanggungannya atau menggantung pembayaran-pembayaran, aset-aset bank itu di Persekutuan hendaklah sedia ada untuk menjelaskan semua tanggungan-tanggungan deposit bank itu di Persekutuan; dan tanggungan-tanggungan deposit itu hendaklah mendapat keutamaan lebih daripada semua tanggungan-tanggungan lain bank itu.

Seksyen 48

(a)

tidak mengambil semua langkah yang menasabah supaya bank itu mematuhi kehendak-kehendak Akta ini dan Ordinan Bank Negara Malaysia, 1958 (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut sebagai "Ordinan itu"); atau

(b)

tidak mengambil semua langkah yang menasabah untuk mempastikan kebetulan sesuatu kenyataan yang dikemukakan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini atau Ordinan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(2)

Dalam sesuatu pembicaraan terhadap seseorang di bawah seksyen-kecil (1) adalah menjadi suatu pembelaan untuk membuktikan bahawa ia ada alasan yang menasabah untuk mempercayai bahawa seorang lain telah dipertanggungkan dengan kewajipan bagi mempastikan pematuhan kehendak-kehendak Akta ini atau Ordinan itu atau kewajipan bagi mempastikan bahawa kenyataan-kenyataan ini adalah tepat dan bahawa orang itu adalah layak dan boleh menunaikan kewajipan itu.

(3)

Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukum penjara bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) melainkan jika pada pendapat Mahkamah, ia telah melakukan kesalahan itu dengan sengaja.

Seksyen 49

Seseorang pengarah, pengurus, pemegang amanah, juruodit, pekerja atau ejen sesuatu bank berlesen yang—

(a)

dengan sengaja membuat atau menyebabkan dibuat sesuatu catitan palsu dalam sesuatu buku rekod atau dalam sesuatu lapuran, slip, suratan atau penyata mengenai perniagaan, halehwal, urusan, keadaan, aset atau akaun bank itu; atau

(b)

dengan sengaja meninggalkan daripada membuat sesuatu catitan dalam sesuatu buku rekod atau dalam sesuatu lapuran, slip, suratan atau penyata mengenai perniagaan, halehwal, urusan, keadaan, aset atau akaun bank itu, atau dengan sengaja menyebabkan sesuatu catitan itu di tinggal daripada dicatitkan; atau

(c)

dengan sengaja mengubah, mengambil keluar, menyembunyi atau memusnahkan sesuatu catitan dalam sesuatu buku rekod atau dalam sesuatu lapuran, slip, suratan atau penyata mengenai perniagaan, halehwal, urusan, keadaan, aset atau akaun bank itu, atau dengan sengaja menyebabkan catitan itu diubah, diambil keluar, disembunyikan atau dimusnahkan, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

Seksyen 50

(2)

Jika seseorang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran ia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana kerani, penjawat atau ejen, atau kerani atau penjawat ejen itu dengan syarat bahawa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau penjawat itu dalam masa pekerjaannya atau oleh ejen itu apabila bertindak bagi pehak orang itu, atau oleh kerani atau penjawat ejen itu apabila bertindak dalam masa pekerjaannya dalam sesuatu hal keadaan bahawa jika perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh ejen itu maka prinsipalnya boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen ini.

Seksyen 51

Seseorang pengarah, pegawai atau pekerja sesuatu bank berlesen atau lain-lain orang iaitu orang-orang yang menerima saraan daripada bank berlesen itu, yang meminta atau menerima, membenarkan atau bersetuju menerima apa-apa hadiah (lain daripada sesuatu hadiah bernilai nominal yang diterima pada hari-hari besar), kamsen, emolumen, perkhidmatan, ganjaran, wang, harta atau barang yang bernilai untuk faedah dan keuntungannya sendiri atau untuk faedah atau keuntungan saudaramaranya, daripada mana-mana orang lain daripada bank itu, kerana mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan bagi mana-mana orang sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit daripada bank itu atau pembelian atau diskaun bagi apa-apa overdraf, surat, cek, bil pertukaran atau lain-lain tanggungan oleh bank itu, atau kerana membenarkan mana-mana orang mengeluarkan terlebih dari sesuatu akaunnya dengan bank itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

Seksyen 52

Sesuatu bank berlesen yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini dan peraturanperaturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada sesuatu penalti diperuntukkan dengan nyata adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit.

Seksyen 53

(2)

Apa-apa wang yang dibayar kepada Gabenor menurut peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulanwang Disatukan.

Seksyen 54

Tiada sesuatu pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa persetujuan bertulis dari Pendakwa Raya.

44

02

Seksyen 55

Walau apapun yang terkandung dalam Akta Mahkamah Rendah, 1948, Ordinan Mahkamah Rendah Sabah atau Ordinan Mahkamah Rendah Sarawak, sesuatu Mahkamah Sesyen di Negeri-negeri Tanah Melayu dan sesuatu Mahkamah Mejisteret Klas Pertama di Sabah atau Sarawak, adalah mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dan untuk mengawad hukuman sepenuhnya bagi sesuatu kesalahan itu.

Seksyen 56

(2)

Tanpa menyentuh keluasan makna seksyen-kecil (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

untuk mengadakan kawalan oleh Bank Negara berkenaan dengan pemerolehan atau pemegangan oleh sesuatu bank berlesen akan syer-syer sesuatu perbadanan atau pemerolehan atau kemajuan oleh bank itu akan apa-apa harta takalih; dan d pekongsi (AA 633)

(b)

untuk mengadakan kawalan oleh Bank Negara terhadap sesuatu bank berlesen menjadi suatu kongsi atau tuanpunya mana-mana firma dengan tanggungan takberhad;

Seksyen 57

(2)

Tiada sesuatu bank boleh menguruskan apa-apa perniagaan dengan awam pada mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bank di bawah peruntukanperuntukan seksyen-kecil (1).

(3)

Sesuatu hari kelepasan bank yang diisytiharkan di bawah peruntukan seksyen-kecil (1) tidaklah semestinya menjadi hari kelepasan am dan tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan hari kelepasan am yang berkuatkuasa pada masa itu.

(4)

Apa-apa sebutan mengenai sesuatu hari kelepasan bank dalam mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa hendaklah termasuk mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bank di bawah peruntukan-peruntukan seksyen ini dan sesuatu hari yang mana adalah suatu hari kelepasan am dalam erti mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan hari kelepasan am yang berkuatkuasa pada masa itu.

Seksyen 58

Sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 adalah tertakluk kepada peruntukan peruntukan Akta itu serta juga kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, kecuali bahawa jika ada apa-apa/pertelingkahan atau pertentangan antara peruntukan-peruntukan Akta itu dengan peruntukan-peruntukan Akta ini maka peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

Seksyen 59

(a)

Bank Simpanan Pejabat Pos yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Bank Simpanan Pejabat Pos, 1948 bagi Negeri-negeri Tanah Melayu atau Ordinan Bank Simpanan Pejabat Pos Sarawak;

(b)

apa-apa perniagaan pemegang pajakgadai yang dijalankan oleh seseorang yang diberi lesen di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pemegang pajakgadai yang pada masa itu berkuatkuasa di Persekutuan; dan

(c)

mana-mana syarikat meminjam yang diberi lesen di bawah Akta Syarikat Meminjam, 1969; dan

(2)

Menteri boleh atas syor Bank Negara, mengecualikan mana-mana perniagaan yang ditetapkan sebagai perniagaan bank di bawah seksyen 2 atas apa-apa had dan syarat sebagaimana yang dikenakan.

Bahagian VIII

PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PERALIHAN

Seksyen 61

Semua peraturan, arahan, perintah dan keputusan yang dibuat di bawah atau mengikut Ordinan yang dimansuhkan itu hendaklah tetap sah dan mengikat dan hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini hingga ia dipinda atau dimansuhkan.

Seksyen 62

(2)

Sesuatu bank yang telah diberi sesuatu lesen di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu dan yang telah membuat sesuatu urusan yang dilarang oleh atau di bawah seksyen 26, 29, 30 dan 31 hendaklah dalam masa enam bulan daripada mula berkuatkuasanya Akta ini menghantar suatu penyata urusan-urusan itu kepada Bank Negara dan hendaklah dalam tempoh itu atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara dalam sesuatu hal tertentu, menyelesaikan/urusan-urusan itu atau membawa/urusan-urusan itu ke dalam had-had yang dibenarkan oleh seksyen-seksyen itu dan melupuskan manamana harta atau hak yang telah diperolehi dengannya.

(3)

Sesuatu bank yang telah diberi suatu lesen di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen 5 dalam suatu tempoh tiga bulan mulai daripada mula berkuatkuasanya Akta ini atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam sesuatu hal tertentu.

Seksyen 63

Seksyen 218 Akta Syarikat, 1965 adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perenggan (k) seksyen-kecil (1), dengan yang berikut—

" (k) the company has carried on banking business in Malaysia in contravention of the provisions of sections 3, 5 or 6 of the Banking Act, 1972."

Common questions

What is Banking Act 1973?
Akta Bank 1973 is Malaysia Act, cited as Act 102 1973, currently marked in force and first recorded in 1973.
Is Banking Act 1973 still in force?
Yes — Banking Act 1973 is currently in force.
When did Banking Act 1973 take effect?
Banking Act 1973 was first recorded in 1973.
How many sections does Banking Act 1973 have?
Banking Act 1973 contains 65 sections.
Where can I read the official version of Banking Act 1973?
The official text of Banking Act 1973 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.