Seksyen 32
Pintu tidak boleh membuka ke arah luar
of Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
ActIn forceProvision 32 of 140
Seksyen 32
(2)
Jika sesuatu pintu, pintu pagar, palang atau tingkap tergantung atau ditempatkan supaya membuka ke arah luar ke atas mana-mana jalan, pemunya premis yang kepadanya pintu, pintu pagar, palang atau tingkap itu terpasang hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas disampaikan notis daripada pihak berkuasa tempatan bagi maksud itu, mengarahkan supaya pintu, pintu pagar, palang atau tingkap itu diubah supaya tidak membuka ke arah luar.