Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
31. Nombor rumah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pihak berkuasa tempatan hendaklah, menurut budi bicaranya, menguntukkan suatu nombor kepada sesuatu rumah atau bangunan dan boleh melekatkan suatu tanda menunjukkan nombor itu di suatu tempat yang mudah dilihat pada bahagian luar sesuatu rumah atau bangunan itu atau pada jalan masuk bagi kepungan bangunan itu berhadapan dengan jalan, dan boleh dari semasa ke semasa menukar nombor itu atau menggantikan atau melekatkan semula apa-apa tanda menunjukkan nombor itu.
Penalti kerana membinasakan
Mana-mana orang yang membinasakan, meruntuhkan, mencacatkan, menutup atau menyembunyikan apa-apa tanda itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
Jalan, Parit dan Bangunan 55
Pemunya dan penduduk hendaklah memelihara nombor itu
Pemunya dan penduduk rumah atau bangunan itu hendaklah memelihara nombor itu.
Belanja bagi mengganti atau melekatkan semula mana-mana nombor itu yang telah dibinasakan, diruntuhkan atau dicacatkan, ditutup atau disembunyikan hendaklah dibayar oleh penduduk atau, jika bangunan itu tidak diduduki, oleh pemunyanya, dan boleh dituntut dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII