Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

100. Pelakuan kesalahan selanjutnya

Feedback & support
(1)

Jika didapati oleh Mahkamah Pengawas bahawa—

(a)

seseorang kanak-kanak dalam percubaan telah didapati bersalah oleh suatu Mahkamah atas suatu kesalahan yang dilakukan dalam tempoh percubaan itu; dan

Kanak-Kanak 135

(b)

kanak-kanak dalam percubaan itu telah diperlakukan berkenaan dengan kesalahan itu,

Mahkamah Pengawas itu boleh mengeluarkan—

(aa)

suatu saman yang menghendaki kanak-kanak dalam percubaan itu hadir di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam saman itu; atau

(bb)

suatu waran bagi menangkapnya.

(2)

Sesuatu waran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikeluarkan kecuali berdasarkan maklumat bertulis dan dengan bersumpah yang dikemukakan oleh pegawai akhlak.

(3)

Sesuatu saman atau waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengarahkan kanak-kanak dalam percubaan itu supaya hadir di atau dibawa ke hadapan Mahkamah

Pengawas itu.

(4)

Jika dibuktikan sehingga Mahkamah Pengawas berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak dalam percubaan yang mengenai kesnya perintah itu dibuat telah didapati bersalah dan telah diperlakukan berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan dalam tempoh percubaan itu, Mahkamah itu boleh memperlakukannya bagi kesalahan yang kerananya perintah itu dibuat mengikut apa-apa cara yang dia boleh diperlakukan oleh

Mahkamah itu jika Mahkamah itu telah mendapatinya bersalah atas kesalahan itu.

Report

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules