Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

95. Rayuan

Feedback & support
(1)

Pendakwa Raya atau mana-mana kanak-kanak atau ibu atau bapa atau penjaganya, jika terkilan dengan apa-apa dapatan atau perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, boleh merayu kepada

Mahkamah Tinggi terhadap dapatan atau perintah itu mengikut peruntukan Kanun Tatacara Jenayah yang berhubungan dengan rayuan jenayah kepada Mahkamah Tinggi daripada Mahkamah

Majistret.

(2)

Tiada rayuan boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh menggantung pelaksanaan mana-mana penghakiman atau perintah sementara menanti rayuan, atas apa-apa terma tentang jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketidaklaksanaan mana-mana perbuatan atau penjalanan mana-mana hukuman yang diperintahkan oleh atau dalam penghakiman atau perintah itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak itu.

(3)

Mahkamah Tinggi hendaklah, dalam semua rayuan jenayah yang bermula daripada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, membuat keputusan muktamadnya dalam masa dua belas bulan selepas notis rayuan difailkan.

(4)

Apa-apa rayuan di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, diberi tajuk

“Rayuan Oleh Kanak-Kanak” dan dalam menguruskan mana-mana rayuan sedemikian, seksyen 12 dan 15 hendaklah terpakai bagi

Mahkamah Tinggi dengan apa-apa ubah suaian yang perlu.

Report

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules