Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak
96. Sekatan ke atas perintah pemenjaraan
Feedback & supportKanak-kanak di bawah umur empat belas tahun tidak boleh—
diperintahkan supaya dipenjarakan bagi apa-apa kesalahan;
atau
dikomitkan ke penjara kerana ingkar membayar denda, ganti rugi atau kos.
Undang-Undang Malaysia 122
Kanak-kanak yang berumur empat belas tahun ke atas tidak boleh diperintahkan supaya dipenjarakan jika dia boleh diperlakukan dengan apa-apa cara lain yang sesuai sama ada dengan percubaan, atau denda, atau dihantar ke sesuatu tempat tahanan atau sekolah diluluskan, atau Sekolah Henry Gurney, atau selainnya.
Kanak-kanak yang berumur empat belas tahun ke atas tidak boleh, jika diperintahkan supaya dipenjarakan, dibenarkan bergaul dengan banduan-banduan dewasa.