Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

97e. Section 97e

Feedback & support
(1)

Jika Mahkamah Pengawas berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak bercadang hendak menukar atau telah menukarkan tempat kediamannya dari daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah khidmat masyarakat itu ke daerah atau kawasan yang lain, Mahkamah itu boleh, dan jika suatu permohonan bagi maksud itu dibuat oleh pegawai akhlak, hendaklah, melalui perintah meminda perintah khidmat masyarakat itu dengan menggantikan daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah khidmat masyarakat itu dengan daerah atau kawasan yang kanak-kanak itu bercadang hendak tinggal atau sedang tinggal.

(2)

Jika perintah khidmat masyarakat itu mengandungi kehendak yang, pada pendapat Mahkamah Pengawas itu, tidak dapat dipatuhi melainkan jika kanak-kanak itu terus tinggal di daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah itu, Mahkamah

Pengawas itu tidak boleh meminda perintah itu kecuali mengikut subseksyen (4).

Kanak-Kanak 129

(3)

Jika suatu perintah khidmat masyarakat dipinda di bawah subseksyen (1), Mahkamah Pengawas hendaklah menghantarkan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan baharu yang dinamakan dalam perintah itu suatu salinan perintah itu bersama dengan apa-apa dokumen dan maklumat yang berhubungan dengan kes itu yang difikirkannya mungkin dapat membantu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu.

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan (3), Mahkamah

Pengawas boleh, atas permohonan yang dibuat oleh pegawai akhlak atau oleh kanak-kanak itu, melalui suatu perintah meminda perintah khidmat masyarakat itu dengan—

(a)

membatalkan apa-apa kehendak dalam perintah khidmat masyarakat itu; atau

(b)

memasukkan dalam perintah khidmat masyarakat itu, sama ada sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti bagi apa-apa kehendak sedemikian, apa-apa kehendak yang boleh dimasukkan ke dalam perintah itu jika perintah itu dibuat oleh Mahkamah itu mengikut seksyen 97a.

(5)

Mahkamah Pengawas tidak boleh meminda suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (4) dengan—

(a)

mengurangkan tempoh perintah khidmat masyarakat itu;

atau

(b)

melanjutkan tempoh itu supaya tempoh perintah khidmat masyarakat itu menjadi lebih daripada enam bulan.

Mahkamah hendaklah memberikan salinan perintah khidmat masyarakat pindaan kepada pegawai akhlak

Report

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules