Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

91. Kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak apabila kesalahan dibuktikan

Feedback & support
(1)

Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dibuktikan Mahkamah itu hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang boleh dijalankan menurut kuasa Akta ini, mempunyai kuasa untuk—

(a)

memberikan amaran kepada dan melepaskan kanak-kanak itu;

(b)

melepaskan kanak-kanak itu apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan baik dan untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;

(c)

memerintahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan seseorang saudara atau orang lain yang layak dan sesuai—

(i)

selama apa-apa tempoh yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah; dan

(ii)

dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh

Mahkamah;

(d)

memerintahkan supaya kanak-kanak itu membayar denda, pampasan atau kos;

(da)

membuat perintah khidmat masyarakat;

(e)

membuat suatu perintah percubaan di bawah seksyen 98;

(f)

memerintahkan supaya kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney;

(g)

(Dipotong oleh Akta A1511);

(h)

mengenakan ke atas kanak-kanak itu, jika dia berumur empat belas tahun ke atas dan kesalahan itu boleh

Kanak-Kanak 117

dihukum dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk pada subseksyen 96(2), apa-apa tempoh pemenjaraan yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen.

(2)

Perkataan “sabitan” dan “hukuman” tidak boleh digunakan berhubung dengan seseorang kanak-kanak yang terhadapnya

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bertindak dan apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai seseorang yang disabitkan, suatu sabitan dan suatu hukuman hendaklah, dalam hal seseorang kanak-kanak, ditafsirkan masing-masing sebagai seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah, suatu dapatan bersalah dan perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah.

(3)

Sesuatu dapatan bersalah tentang seseorang kanak-kanak tidak boleh diendahkan bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang—

(a)

mengenakan apa-apa hilang kelayakan atau ketidakupayaan ke atas seseorang yang disabitkan; atau

(b)

memberi kuasa atau menghendaki pengenaan apa-apa hilang kelayakan atau ketidakupayaan sedemikian.

Report

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules