Skip to content

Seksyen 86

Penjagaan kanak-kanak yang tidak dilepaskan atas jaminan selepas ditangkap

of Akta Kanak-Kanak 2001

ActIn forceProvision 99 of 154
Seksyen 86
(1)

Jika seseorang kanak-kanak selepas ditangkap dan semasa menunggu dibicarakan di hadapan Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak tidak dilepaskan di bawah seksyen 84, Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak yang ke hadapannya kanak-kanak itu dibawa hendaklah menyebabkan dia ditahan di suatu tempat tahanan yang diadakan di bawah Akta ini sehingga dia boleh dibawa ke hadapan Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa melainkan jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu memperakui bahawa—

(a)

penahanan sedemikian tidak dapat dilaksanakan;

(b)

dia berkelakuan sebegitu tidak terkawal atau buruk sehingga dia tidak dapat ditahan sedemikian dengan selamat; atau

(c)

oleh sebab keadaan kesihatannya atau keadaan mental atau tubuhnya tidaklah bijak dia ditahan sedemikian.

(2)

Di bawah hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a),

(b)

atau (c), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya kanak-kanak itu ditahan—

(a)

di balai polis, bilik kurungan polis atau lokap polis, berasingan atau terpisah daripada pesalah-pesalah dewasa;

atau

(b)

di sesuatu hospital mental, mengikut kehendak keadaan.

(3)

Jika suatu perintah bagi penahanan di hospital mental dibuat di bawah subseksyen (2), Bab XXXIII Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian yang perlu.