Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak
98. Bila percubaan boleh diperintahkan
Feedback & supportJika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang olehnya atau di hadapannya seseorang kanak-kanak didapati bersalah atas sesuatu kesalahan selain—
apa-apa jenayah berat;
dengan sengaja menyebabkan cedera parah, merogol, melakukan sumbang mahram atau mencabul kehormatan;
atau
kesalahan di bawah seksyen 377b , 377c, 377d atau 377e
Kanun Keseksaan, berpendapat bahawa dengan mengambil kira hal keadaan, termasuk jenis kesalahan dan watak kanak-kanak itu, patut Mahkamah itu berbuat demikian, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu boleh membuat suatu perintah percubaan.
Sebelum membuat perintah percubaan di bawah subseksyen (1),
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah menjelaskan kepada kanak-kanak itu dalam bahasa yang mudah sesuai dengan umur, kematangan dan pemahamannya—
natijah perintah itu; dan
bahawa jika dia—
tidak mematuhi perintah percubaan itu; atau
melakukan suatu kesalahan lain,
Kanak-Kanak 131
dia boleh diperlakukan bagi kesalahan yang asal dan juga bagi kesalahan yang lain itu.
Sesuatu perintah percubaan hendaklah berkuat kuasa selama apa-apa tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun dari tarikh perintah itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah percubaan itu.
Bagi maksud menentukan kelakuan baik dan pengawasan kanak-kanak dalam percubaan atau mengelakkan dia mengulangi kesalahan yang sama atau melakukan kesalahan-kesalahan yang lain, sesuatu perintah percubaan hendaklah—
menghendaki kanak-kanak dalam percubaan itu patuh sepanjang tempoh itu kepada pengawasan seorang pegawai akhlak;
menyatakan bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu tidak boleh melakukan apa-apa kesalahan sepanjang tempoh perintah percubaan itu; dan
mengandungi apa-apa kehendak lain, yang difikirkan perlu oleh Mahkamah dengan mengambil kira hal keadaan kes itu termasuk mana-mana satu atau lebih daripada satu daripada yang berikut:
bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu hendaklah tinggal di suatu asrama akhlak, di tempat kediaman ibu atau bapa atau penjaga atau saudaranya atau di sesuatu tempat lain;
bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu hendaklah menghadiri sesuatu institusi pendidikan yang disyorkan oleh pegawai akhlak;
bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu hendaklah berada di tempat kediamannya, sama ada di asrama akhlak itu atau di sesuatu rumah, pada waktu-waktu yang hendaklah dinyatakan.
Tanpa menjejaskan kuasa Mahkamah untuk membuat perintah di bawah seksyen 91, pembayaran jumlah wang sebagai ganti rugi bagi kecederaan atau pampasan bagi kerugian tidaklah boleh dimasukkan antara kehendak sesuatu perintah percubaan.
Undang-Undang Malaysia 132
Sebelum membuat perintah percubaan yang mengandungi kehendak tentang tempat kediaman, Mahkamah—
hendaklah menimbangkan suasana di rumah seseorang kanak-kanak; dan
jika perintah itu menghendaki seseorang kanak-kanak tinggal di asrama akhlak, hendaklah menyatakan tempoh dia dikehendaki tinggal sedemikian dalam perintah itu, tetapi tempoh itu tidak boleh melampaui tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah itu.
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat sesuatu perintah percubaan hendaklah—
dengan serta-merta memberikan suatu salinan perintah itu—
kepada kanak-kanak dalam percubaan itu;
kepada pegawai akhlak atau orang lain yang di bawah pengawasannya kanak-kanak itu diletakkan; dan
kepada orang yang menjaga asrama akhlak atau tempat lain di mana kanak-kanak itu dikehendaki tinggal mengikut perintah itu; dan
kecuali jika Mahkamah itu sendiri ialah Mahkamah
Pengawas, menghantar kepada Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah itu di mana kanak-kanak dalam percubaan itu dikehendaki tinggal sepanjang tempoh percubaan, suatu salinan perintah itu bersama apa-apa dokumen dan maklumat yang berhubungan dengan kes itu yang difikirkannya mungkin dapat membantu Mahkamah itu.
Apabila membuat sesuatu perintah percubaan Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak boleh, jika difikirkannya suai manfaat bagi pemulihan kanak-kanak dalam percubaan itu, menyerahkan kanak-kanak dalam percubaan itu ke dalam jagaan mana-mana orang yang bersetuju untuk menerima kanak-kanak dalam percubaan itu, apabila orang itu memberikan jaminan kelakuan
Kanak-Kanak 133
baik kanak-kanak dalam percubaan itu; dan peruntukan Kanun
Tatacara Jenayah tentang pelucuthakan bon hendaklah terpakai berhubung dengan jaminan itu.