Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak
97. Hukuman mati
Feedback & supportHukuman mati tidak boleh diumumkan atau direkodkan terhadap seseorang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan jika pada hemat Mahkamah dia ialah seorang kanak-kanak pada masa kesalahan itu dilakukan.
Sebagai ganti hukuman mati, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya seseorang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan ditahan di penjara selama yang diperkenankan oleh—
Yang di-Pertuan Agong jika kesalahan itu dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Wilayah
Persekutuan Labuan; atau
Raja atau Yang di-Pertua Negeri, jika kesalahan itu dilakukan di Negeri itu.
Jika Mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2), orang itu hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini—
ditahan di penjara itu dan di bawah apa-apa syarat yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau
Yang di-Pertua Negeri; dan
semasa ditahan sedemikian, disifatkan berada dalam jagaan yang sah.
Kanak-Kanak 123
Jika seseorang diperintahkan supaya ditahan di penjara di bawah subseksyen (2), Lembaga Hakim Pelawat bagi penjara itu—
hendaklah mengkaji semula kes orang itu sekurang-kurangnya sekali setahun; dan
boleh mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri supaya orang itu dilepaskan awal atau ditahan lanjut, dan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh sesudah itu memerintahkan supaya dia dilepaskan atau ditahan lanjut, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bab 3a
PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
Perintah khidmat masyarakat