Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

97a. Section 97a

Feedback & support
(1)

Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang olehnya atau di hadapannya seseorang kanak-kanak didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, berpendapat bahawa adalah patut untuk

Mahkamah itu berbuat demikian, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh membuat suatu perintah yang menghendaki kanak-kanak itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi satu ratus dua puluh jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

(2)

Semasa tempoh perintah khidmat masyarakat, kanak-kanak itu—

(a)

hendaklah patuh kepada pengawasan seorang Pegawai

Kebajikan Masyarakat;

(b)

hendaklah melaksanakan khidmat masyarakat bagi bilangan jam secara agregat yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam tempoh tidak melebihi enam bulan;

Undang-Undang Malaysia 124

(c)

tidak boleh melakukan apa-apa kesalahan; dan

(d)

hendaklah mematuhi apa-apa kehendak lain, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dengan mengambil kira hal keadaan kes itu termasuk mana-mana satu atau lebih daripada yang berikut:

(i)

bahawa kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;

(ii)

jika kanak-kanak itu berada di suatu institusi pendidikan, bahawa kanak-kanak itu hendaklah hadir di institusi itu; atau

(iii)

bahawa kanak-kanak itu hendaklah menghadiri sesi kaunseling yang dijalankan oleh seorang kaunselor.

(3)

Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak membuat suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1), Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak hendaklah—

(a)

menimbangkan syor dan pandangan pegawai akhlak mengenai kesesuaian khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan oleh kanak-kanak itu;

(b)

menerangkan kepada kanak-kanak itu dalam bahasa yang mudah, sesuai dengan usia, kematangan dan pemahamannya—

(i)

tentang kesan perintah itu; dan

(ii)

bahawa adalah menjadi suatu kesalahan jika kanak-kanak itu tidak mematuhi apa-apa kehendak perintah itu; dan

(c)

memberikan suatu salinan perintah itu kepada—

(i)

ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu;

(ii)

kanak-kanak itu;

Kanak-Kanak 125

(iii)

pegawai akhlak itu; dan

(iv)

kecuali jika Mahkamah itu sendiri ialah Mahkamah

Pengawas, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah itu di mana kanak-kanak itu dikehendaki melaksanakan khidmat masyarakat itu.

Tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat

Report

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules