Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak
88. Ibu atau bapa atau penjaga dikehendaki hadir
Feedback & supportJika seseorang kanak-kanak dipertuduh atas apa-apa kesalahan, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah menghendaki ibu dan bapa atau penjaga kanak-kanak itu hadir pada semua peringkat prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang di hadapannya kes itu didengar atau diputuskan, melainkan jika
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu berpuas hati bahawa tidaklah munasabah untuk menghendaki kehadiran ibu dan bapa atau penjaga itu.
Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga seseorang kanak-kanak yang tidak hadir di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak apabila dikehendaki berbuat sedemikian di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.