Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak
93. Ibu atau bapa atau penjaga hendaklah menyempurnakan bon
Feedback & supportMahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, sebagai tambahan kepada mana-mana kuasa yang diperuntukkan dalam subseksyen 91(1), memerintahkan supaya ibu atau bapa atau penjaga kanak kanak itu menyempurnakan suatu bon bagi kelakuan baik kanak-kanak itu dengan atau tanpa jaminan dan dengan satu atau lebih daripada satu syarat yang berikut:
bahawa ibu atau bapa atau penjaga dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah melaporkan diri di jabatan kebajikan atau balai polis yang terletak berdekatan dengan tempat kediaman ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu pada lat tempoh tetap yang hendaklah ditentukan oleh Mahkamah itu;
Undang-Undang Malaysia 118
bahawa ibu atau bapa atau penjaga dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;
jika kanak-kanak itu berada di sesuatu institusi pendidikan, bahawa ibu atau bapa atau penjaga hendaklah berunding dengan guru dan guru besar atau pengetua kanak-kanak itu sebulan sekali sepanjang tempoh bon itu;
jika kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney, bahawa ibu atau bapa atau penjaga hendaklah melawat kanak-kanak itu secara tetap sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah itu; atau
apa-apa syarat lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah itu.
Jika mana-mana ibu atau bapa atau penjaga tidak mematuhi mana-mana syarat bon yang disebut dalam subseksyen (1)—
ibu atau bapa atau penjaga itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; dan
Mahkamah boleh memerintahkan supaya jaminan, jika ada, dilucuthakkan; dan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah yang berhubungan dengan pelucuthakan bon hendaklah terpakai berhubung dengan jaminan itu.
Perintah di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat terhadap seseorang ibu atau bapa atau penjaga tanpa memberi ibu atau bapa atau penjaga itu peluang untuk didengar.
Walau apa pun subseksyen (3), suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh seorang pegawai akhlak bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, setelah dikehendaki hadir, telah tidak berbuat demikian, atau tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah.
Kanak-Kanak 119