Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

99. Tidak mematuhi perintah percubaan

Feedback & support
(1)

Jika pada bila-bila masa dalam tempoh percubaan Mahkamah

Pengawas berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak dalam percubaan telah tidak mematuhi mana-mana kehendak perintah percubaan di bawah perenggan 98(4)(a) atau (c), Mahkamah

Pengawas itu boleh mengeluarkan—

(a)

suatu saman menghendaki kanak-kanak dalam percubaan itu hadir di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam saman itu; atau

(b)

suatu waran bagi menangkapnya.

(2)

Sesuatu waran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikeluarkan kecuali berdasarkan maklumat bertulis dan dengan bersumpah yang dikemukakan oleh pegawai akhlak.

(3)

Sesuatu saman atau waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengarahkan kanak-kanak dalam percubaan itu supaya hadir di atau dibawa ke hadapan Mahkamah Pengawas.

(4)

Seseorang kanak-kanak dalam percubaan apabila ditangkap di bawah subseksyen (1) boleh, jika tidak dibawa dengan serta-merta ke hadapan Mahkamah Pengawas di bawah subseksyen (3)—

(a)

ditahan di suatu tempat tahanan; atau

(b)

dilepaskan atas jaminan, dengan atau tanpa penjamin, sehingga masa dia dapat dibawa ke hadapan Mahkamah Pengawas itu.

(5)

Jika dibuktikan sehingga Mahkamah Pengawas berpuas hati bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu telah tidak mematuhi mana-mana kehendak perintah percubaan di bawah

Undang-Undang Malaysia 134

perenggan 98(4)(a) atau (c) Mahkamah itu boleh, tanpa menjejaskan keberterusan perintah percubaan itu—

(a)

mengenakan suatu denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit ke atasnya; atau

(b)

memperlakukan kanak-kanak dalam percubaan itu bagi kesalahan yang berkenaan dengannya perintah percubaan itu dibuat mengikut apa-apa cara yang dia boleh diperlakukan oleh Mahkamah itu jika Mahkamah itu telah mendapatinya bersalah atas kesalahan itu.

(6)

Sesuatu denda yang dikenakan di bawah seksyen ini kerana tidak mematuhi mana-mana kehendak suatu perintah percubaan hendaklah—

(a)

disifatkan bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu jumlah wang yang dihukum supaya dibayar atas suatu sabitan; dan

(b)

diambil kira dalam membuat apa-apa perintah kemudiannya ke atas kanak-kanak dalam percubaan di bawah seksyen ini atau seksyen 100.

(7)

Bagi maksud perenggan (6)(a), “suatu jumlah wang yang dihukum supaya dibayar atas suatu sabitan” termasuklah apa-apa kos, ganti rugi atau pampasan yang dihukum supaya dibayar atas sesuatu sabitan yang amaunnya ditentukan oleh sabitan itu.

(8)

Seseorang kanak-kanak dalam percubaan yang tidak mematuhi perenggan 98(4)(b) hendaklah diperlakukan di bawah seksyen 100.

Report

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules