Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

101. Kesan percubaan

Feedback & support
(1)

Dapatan bersalah bagi sesuatu kesalahan yang mengenainya suatu perintah dibuat di bawah Bab ini yang meletakkan pesalah dalam percubaan hendaklah disifatkan bukan suatu sabitan bagi apa-apa maksud selain bagi maksud—

(a)

prosiding yang dalamnya perintah itu dibuat; dan

(b)

apa-apa prosiding kemudiannya yang mungkin diambil terhadap seseorang kanak-kanak di bawah Bab ini.

Undang-Undang Malaysia 136

(2)

Subseksyen (1) tidaklah menyentuh—

(a)

hak mana-mana kanak-kanak itu—

(i)

untuk merayu terhadap sesuatu dapatan bersalah;

atau

(ii)

untuk bergantung kepada sesuatu dapatan bersalah bagi menghalang apa-apa prosiding kemudiannya bagi kesalahan yang sama; atau

(b)

peletakhakan kembali atau pemulangan apa-apa harta akibat daripada dapatan bersalah mana-mana kanak-kanak itu.

Report

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules