Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Pelindungan Pengguna

201. Kaedah-kaedah mengenai kadar

Feedback & support
(1)

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, untuk menetapkan peringkat kadar yang akan dikenakan bagi kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan yang tertentu atau bagi kelas kemudahan atau perkhidmatan itu.

(2)

Kaedah-kaedah yang boleh dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (1) boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada—

(a)

kaedah-kaedah mengenai kadar dan perubahan kadar bagi kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan yang tertentu atau bagi kelas kemudahan atau perkhidmatan itu;

(b)

kaedah-kaedah mengenai penyiaran atau pendedahan kadar bagi kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan yang tertentu atau bagi kelas kemudahan atau perkhidmatan itu;

(c)

mekanisme kawalan kadar yang digunakan terhadap pemegang lesen tertentu atau kelas pemegang lesen, atau kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan yang tertentu atau kelas kemudahan atau perkhidmatan itu.

Pemberian Perkhidmatan Sejagat

Report

Bahagian IX

Pengawalseliaan Sosial

Bahagian X

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules