Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pelindungan Pengguna
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pelindungan Pengguna
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu penentuan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 202(1) hendaklah termasuk takrif bagi “kawasan yang kurang liputan perkhidmatan” dan “kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat”.
Dalam menentukan takrif bagi “kawasan yang kurang liputan perkhidmatan”, Suruhanjaya boleh mengambil kira—
tahap persaingan dalam kawasan atau tempat tertentu;
adanya perkhidmatan dalam kawasan atau tempat tertentu;
dan/atau
daya maju komersial dalam memasang kemudahan rangkaian atau memberikan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi dalam kawasan atau tempat tertentu.
Dalam menentukan takrif bagi “kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat”, Suruhanjaya boleh mengambil kira—
adanya perkhidmatan kepada kumpulan sedemikian; dan/
atau
apa-apa rintangan bagi penggunaan perkhidmatan yang ada.
Bahagian IX
Bahagian XI