Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
51. Pembubaran kerana masuk Islam
Feedback & supportIn plain English
If one spouse has converted to Islam, either may petition for divorce under this section or section 53. Both spouses may instead petition together under section 52. The court may provide for either spouse and for the support, care and custody of any children. It may attach conditions to the decree. Section 50 does not apply to these petitions.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk
Islam—
salah satu pihak boleh mempetisyen untuk perceraian di bawah seksyen ini atau seksyen 53; atau
kedua-dua pihak boleh mempetisyen untuk perceraian di bawah seksyen 52.
Mahkamah boleh, apabila membubarkan perkahwinan itu atau pada bila-bila masa, membuat peruntukan untuk isteri atau suami, dan untuk nafkah, pemeliharaan dan penjagaan anak-anak daripada perkahwinan itu, jika ada, di bawah Bahagian VII dan Bahagian VIII dan boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas dekri pembubaran itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
Seksyen 50 tidak terpakai bagi sesuatu petisyen untuk perceraian jika satu pihak telah masuk Islam.