Skip to content
Contents

Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal

101. Sekatan dagangan dalam derivatif terselaras

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya atau bursa derivatif dengan kelulusan

Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis dari semasa ke semasa, menentukan apa-apa had yang difikirkannya perlu bagi amaun dagangan yang boleh dilakukan atau kedudukan yang boleh diambil oleh mana-mana orang di bawah suatu derivatif terselaras.

(2)

Dalam menentukan sama ada seseorang telah melebihi had yang disebut dalam subseksyen (1), kedudukan yang diambil dan dagangan yang dilakukan oleh mana-mana orang secara langsung atau tidak langsung yang dikawal oleh orang itu hendaklah dimasukkan ke dalam kedudukan yang diambil dan perdagangan yang dilakukan oleh orang itu.

(3)

Had yang disebut dalam subseksyen (1) bagi kedudukan dan dagangan hendaklah terpakai bagi kedudukan yang diambil, dan dagangan yang dilakukan, oleh dua atau lebih orang yang bertindak menurut suatu perjanjian atau persefahaman yang nyata atau tersirat seolah-olah kedudukan itu diambil, atau dagangan itu dilakukan, oleh seorang orang tunggal.

(4)

Seseorang tidak boleh secara langsung atau tidak langsung—

(a)

berdagang atau bersetuju untuk berdagang dalam derivatif terselaras dengan melebihi had dagangan yang ditentukan selama tempoh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya atau bursa derivatif itu di bawah seksyen ini; atau

(b)

mengambil suatu kedudukan di bawah derivatif terselaras bagi mana-mana kelas yang melebihi mana-mana had kedudukan yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau bursa derivatif di bawah seksyen ini untuk tujuan derivatif terselaras itu.

(5)

Seksyen ini tidaklah menghalang Suruhanjaya atau bursa derivatif daripada menentukan had dagangan atau kedudukan yang berlainan bagi jenis atau kelas derivatif terselaras yang berlainan

184 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

atau had yang berlainan bagi jenis atau kelas derivatif terselaras yang sama yang didagangkan bagi maksud yang berlainan, bulan penyerahan yang berlainan atau hari berlainan yang tinggal sehingga hari terakhir dagangan dalam sesuatu derivatif terselaras bagi maksud subseksyen (4).

Report

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 4; dan

Penggal 5

Bahagian IV

Dana Pampasan Pasaran Modal

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules