Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

188. Perlakuan yang dilarang orang yang memiliki maklumat dalaman

Feedback & support
(1)

Seseorang ialah “orang dalam” jika orang itu—

(a)

mempunyai maklumat yang tidak boleh didapati secara umum yang apabila boleh didapati secara umum, seseorang yang munasabah akan menjangkakan maklumat itu mempunyai kesan material ke atas harga atau nilai sekuriti itu; dan

(b)

mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa maklumat itu tidak boleh didapati secara umum.

(2)

Orang dalam tidak boleh, sama ada sebagai prinsipal atau ejen, berkenaan dengan mana-mana sekuriti yang dimaksudkan oleh maklumat dalam subseksyen (1)—

(a)

memperoleh atau melupuskan, atau membuat suatu perjanjian bagi atau dengan tujuan untuk memperoleh atau melupuskan sekuriti itu; atau

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 305

(b)

mengusahakan, secara langsung atau secara tidak langsung, suatu pemerolehan atau pelupusan, atau membuat perjanjian bagi atau dengan tujuan memperoleh atau melupuskan sekuriti itu.

(3)

Jika perdagangan sekuriti yang dimaksudkan oleh maklumat dalam subseksyen (1) dibenarkan di suatu pasaran saham sesuatu bursa saham, orang dalam itu tidak boleh, secara langsung atau secara tidak langsung, menyampaikan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1), atau menyebabkan maklumat itu disampaikan, kepada seorang lain, sekiranya orang dalam itu mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui, bahawa orang lain itu akan atau akan berkecenderungan untuk—

(a)

memperoleh, melupuskan, atau membuat suatu perjanjian dengan tujuan memperoleh atau melupuskan mana-mana sekuriti yang dimaksudkan oleh maklumat dalam subseksyen (1); atau

(b)

mengusahakan supaya seorang orang ketiga memperoleh, melupuskan atau membuat suatu perjanjian dengan tujuan memperoleh atau melupuskan, mana-mana sekuriti yang dimaksudkan oleh maklumat dalam subseksyen (1).

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada satu juta ringgit.

(5)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan mana-mana kelas, golongan atau perihalan orang tertentu atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan transaksi tertentu, yang berhubungan dengan sekuriti yang baginya seksyen ini tidak terpakai.

Bukti pelanggaran seksyen 188

Report

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules