Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
197. Kecualian bagi penebusan unit skim unit amanah di bawah waad belian balik
Feedback & supportSubseksyen 188(2) tidak terpakai berkenaan dengan penebusan oleh seseorang pemegang amanah di bawah suatu surat ikatan amanah yang berhubungan dengan suatu skim unit amanah mengikut waad belian balik yang terkandung atau disifatkan terkandung dalam surat ikatan amanah itu pada harga yang dikehendaki oleh surat ikatan amanah itu dihitung, setakat yang semunasabahnya boleh dilaksanakan, melalui rujukan kepada nilai asas aset itu, ditolak apa-apa tanggungan skim unit amanah yang dimaksudkan oleh unit bagi skim unit amanah itu, dan ditolak apa-apa caj munasabah bagi pembelian unit daripada skim unit amanah atau kepentingan itu.