Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
201. Mendapatkan amaun kehilangan atau kerugian
Feedback & supportSeseorang yang mengalami kehilangan atau kerugian disebabkan oleh, atau kerana bergantung pada, perlakuan orang lain yang telah melanggar seksyen 188 boleh mendapatkan amaun kehilangan atau kerugian itu dengan memulakan prosiding sivil terhadap orang lain itu, sama ada atau tidak orang lain itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu, atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.
Dalam subseksyen
,
“kehilangan atau kerugian”
termasuklah kehilangan atau keuntungan yang tidak disedari, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam harga atau nilai sekuriti sesuatu perbadanan yang merupakan perbezaan antara—
harga atau nilai sekuriti dalam suatu transaksi yang berkaitan dengannya orang yang mula-mula disebut dalam subseksyen (1) menuntut sebagai telah mengalami kehilangan atau kerugian; dengan
harga yang akan berkemungkinan menjadi harga sekuriti dalam transaksi itu, atau nilai yang berkemungkinan
318 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
menjadi nilai sekuriti itu pada masa transaksi itu dibuat, jika pelanggaran itu tidak berlaku.
Jika seseorang orang dalam memperoleh atau bersetuju untuk memperoleh, atau mengusahakan supaya orang lain memperoleh atau bersetuju untuk memperoleh, sekuriti daripada seseorang (“penjual”)
yang tidak mempunyai maklumat itu, dengan melanggar subseksyen 188(2), penjual itu boleh, melalui tindakan sivil terhadap orang dalam itu atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan pelanggaran itu, mendapatkan, bagi kehilangan atau kerugian yang dialami oleh penjual itu, perbezaan antara—
harga yang sekuriti itu diperoleh, atau dipersetujui untuk diperoleh, oleh orang dalam itu atau orang lain itu, daripada penjual itu; dengan
harga yang sekuriti itu mungkin boleh diperoleh pada masa pemerolehan atau perjanjian, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebut dalam perenggan (a) jika maklumat itu boleh didapati secara umum.
Jika seseorang orang dalam melupuskan atau bersetuju untuk melupuskan, atau mengusahakan supaya orang lain melupuskan atau bersetuju untuk melupuskan, sekuriti kepada seseorang (“pembeli”)
yang tidak memiliki maklumat itu, dengan melanggar subseksyen 188(2), pembeli itu boleh, melalui tindakan sivil terhadap orang dalam itu atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan pelanggaran itu, mendapatkan, bagi kehilangan atau kerugian yang dialami oleh pembeli itu, perbezaan antara—
harga yang sekuriti itu dilupuskan, atau dipersetujui untuk dilupuskan, oleh orang dalam itu atau orang lain itu, kepada pembeli itu; dengan
harga yang sekuriti itu mungkin boleh dilupuskan pada masa pelupusan atau perjanjian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebut dalam perenggan (a) jika maklumat itu boleh didapati secara umum.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 319
Jika—
seseorang orang dalam—
memperoleh atau bersetuju untuk memperoleh sekuriti; atau
memujuk orang lain untuk memperoleh atau bersetuju untuk memperoleh sekuriti, dengan melanggar subseskyen 188(2); atau
seseorang orang dalam menyampaikan maklumat yang disebut dalam subseksyen 188(1) kepada seorang yang lain, dengan melanggar subseksyen 188(3), dan sekuriti itu telah dibenarkan untuk diperdagangkan di suatu pasaran saham sesuatu bursa saham, maka, sama ada atau tidak orang dalam itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau sama ada atau tidak pelanggaran itu telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan, Suruhanjaya boleh, jika
Suruhanjaya mendapati adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, melalui tindakan sivil, mengambil mana-mana atau kedua-dua tindakan yang berikut terhadap orang dalam itu:
mendapatkan suatu amaun yang bersamaan dengan tiga kali ganda amaun perbezaan antara harga sekuriti itu diperoleh atau dipersetujui untuk diperoleh, oleh orang dalam atau orang lain itu, dan pada harga sekuriti itu berkemungkinan telah diperoleh pada masa pemerolehan atau persetujuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika maklumat itu boleh didapati secara umum;
menuntut penalti sivil mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang didapati sesuai oleh mahkamah setelah mengambil kira beratnya pelanggaran itu, yang merupakan suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit.
320 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Jika—
seseorang orang dalam—
melupuskan atau bersetuju untuk melupuskan sekuriti; atau
memujuk orang lain untuk melupuskan atau bersetuju untuk melupuskan sekuriti, dengan melanggar subseksyen 188(2); atau
seseorang orang dalam menyampaikan maklumat yang disebut dalam subseksyen 188(1) kepada orang yang lain, dengan melanggar subseksyen 188(3), dan sekuriti itu telah dibenarkan untuk diperdagangkan di suatu pasaran saham sesuatu bursa saham, maka, sama ada atau tidak orang dalam itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu sama ada atau tidak pelanggaran itu telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan, Suruhanjaya boleh, jika Suruhanjaya mendapatinya adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, melalui tindakan sivil, mengambil mana-mana atau kedua-dua tindakan yang berikut terhadap orang dalam itu:
mendapatkan suatu amaun yang bersamaan dengan tiga kali ganda amaun perbezaan antara harga sekuriti itu dilupuskan atau dipersetujui untuk dilupuskan, oleh orang dalam atau orang lain itu, dan pada harga yang sekuriti itu berkemungkinan telah dilupuskan pada masa pelupusan atau persetujuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika maklumat itu boleh didapati secara umum;
menuntut penalti sivil mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang didapati sesuai oleh mahkamah setelah mengambil kira beratnya pelanggaran itu, yang merupakan suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 321
Sesuatu amaun yang didapatkan atau diperoleh oleh
Suruhanjaya dalam suatu tindakan masing-masing menurut subseksyen (5) atau (6) hendaklah digunakan—
pertamanya, untuk membayar ganti kepada Suruhanjaya segala kos penyiasatan dan prosiding berkenaan dengan pelanggaran itu; dan
keduanya—
jika ia berhubung dengan subseksyen (5), untuk memampasi penjual yang telah melupuskan sekuriti daripada kelas yang sama di pasaran saham bursa saham semasa maklumat itu tidak boleh didapati secara umum antara masa pelanggaran yang pertama terhadap subseksyen 188(2) berlaku dengan masa maklumat itu didapati secara umum; dan
jika ia berhubung dengan subseksyen (6), untuk memampasi pembeli yang memperoleh sekuriti daripada kelas yang sama di pasaran saham bursa saham semasa maklumat itu tidak boleh didapati secara umum antara masa pelanggaran yang pertama terhadap subseksyen 188(2) berlaku dengan masa maklumat itu boleh didapati secara umum.
Jika Suruhanjaya mendapati bahawa adalah tidak praktik untuk memampasi orang yang disebut dalam perenggan
, memandangkan amaun apa-apa pengagihan yang bakal dibuat kepada setiap orang atau kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang layak dipampasi, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Suruhanjaya boleh memutuskan untuk tidak membuat pengagihan kepada orang yang disebut dalam perenggan (7)(b).
Setakat yang apa-apa amaun yang didapatkan atau diperoleh dalam tindakan sivil di bawah subseksyen (5) atau (6) tidak diagihkan menurut subseksyen (7), amaun itu hendaklah—
dibayar ke dalam Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau 322 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membiayai—
kos memajukan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau
kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.
Prosiding sivil di bawah seksyen ini boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa dua belas tahun dari—
tarikh kausa tindakan itu terakru; atau
tarikh Suruhanjaya atau orang yang memulakan prosiding itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mendapat tahu tentang pelanggaran itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.
Apa-apa hak tindakan yang diberikan di bawah seksyen ini tidak menyentuh hak tindakan yang diberikan ke atas seseorang yang mengalami kehilangan atau kerugian yang disebut dalam subseksyen (1)
atau di bawah mana-mana undang-undang lain.
Perlakuan dilarang — Derivatif
Subpenggal 1 — Kesalahan yang berhubungan dengan perdagangan palsu, pembrokeran liar, dsb.