Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

190. Perkiraan kerahsiaan oleh perbadanan

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Subpenggal ini, sesuatu perbadanan itu disifatkan memiliki apa-apa maklumat—

(e)

yang seseorang pegawai perbadanan itu—

(i)

memiliki dan yang sampai ke pengetahuannya dalam penjalanan tugasnya sebagai pegawai perbadanan itu; atau

(ii)

mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui sebab dia ialah pegawai perbadanan itu; atau

(b)

yang seseorang pegawai perbadanan itu memiliki dan yang sampai ke pengetahuannya dalam penjalanan tugasnya sebagai pegawai suatu perbadanan yang berhubungan dengan perbadanan yang mula-mula disebut itu jika—

(i)

pegawai itu ialah seorang orang dalam disebabkan dia memiliki maklumat itu;

(ii)

pegawai itu terlibat dalam, keputusan, transaksi atau perjanjian perbadanan yang mula-mula disebut itu dalam memperoleh atau melupuskan sekuriti yang berhubungan dengannya pegawai itu ialah seorang orang dalam atau membuat suatu perjanjian untuk memperoleh atau melupuskan sekuriti itu, mengusahakan supaya orang lain memperoleh atau melupuskan sekuriti itu atau membuat perjanjian untuk berbuat demikian, atau menyampaikan maklumat itu

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 307

dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen 188(3); atau

(iii)

adalah munasabah untuk menjangkakan bahawa pegawai itu akan menyampaikan maklumat itu kepada seorang pegawai lain perbadanan yang mula-mula disebut itu yang bertindak atas sifatnya yang sedemikian, melainkan jika dibuktikan bahawa maklumat itu tidak pada hakikatnya disampaikan sedemikian.

(2)

Dalam seksyen ini, “maklumat” merujuk kepada maklumat yang disifatkan dimiliki oleh sesuatu perbadanan dan jika seseorang yang memiliki maklumat itu ialah seorang orang dalam.

(3)

Sesuatu perbadanan tidak melanggar subseksyen 188(2) dengan membuat transaksi atau perjanjian pada bila-bila masa semata-mata disebabkan maklumat itu dimiliki oleh perbadanan itu jika—

(a)

keputusan untuk membuat transaksi atau perjanjian itu dibuat bagi pihak perbadanan itu oleh seseorang selain pegawai perbadanan yang memiliki maklumat itu;

(b)

perbadanan itu mempunyai perkiraan yang sedang berkuat kuasa pada masa itu yang semunasabahnya boleh dijangkakan untuk memastikan bahawa—

(i)

maklumat itu telah tidak disampaikan kepada seseorang atau salah seorang yang telah terlibat dalam, atau membuat keputusan untuk membuat, atau terlibat dalam, transaksi atau perjanjian itu;

(ii)

tiada nasihat mengenai keputusan untuk membuat, atau terlibat dalam, transaksi atau perjanjian itu diberikan kepada orang itu oleh orang yang memiliki maklumat itu; atau

(iii)

orang yang memiliki maklumat itu tidak akan terlibat dalam keputusan untuk membuat atau

308 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

terlibat dalam, transaksi atau perjanjian itu, atau terlibat dalam transaksi atau perjanjian itu; dan

(c)

maklumat itu tidak disampaikan sedemikian, tiada apa-apa nasihat diberikan dan orang yang memiliki maklumat itu tidak terlibat dalam keputusan untuk membuat, atau terlibat dalam, transaksi atau perjanjian itu atau tidak terlibat dalam transaksi atau perjanjian itu.

Report

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules