Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

198. Pembelaan persamaan maklumat

Feedback & support
(1)

Seseorang tidak melanggar subseksyen 188(2) jika—

(a)

sekuriti yang merupakan subjek transaksi atau perjanjian itu atau tindakan untuk mengusahakan suatu transaksi atau perjanjian bukannya sekuriti yang dibenarkan di pasaran saham sesuatu bursa saham;

(b)

mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang satu lagi dalam transaksi atau perjanjian itu mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui, tentang maklumat itu sebelum membuat transaksi atau perjanjian itu; dan 314 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(c)

orang itu memperoleh atau melupuskan sekuriti itu atas apa-apa terma dan dalam hal keadaan bahawa—

(i)

dia tidak mendapat apa-apa keuntungan atau mengelakkan apa-apa kerugian, termasuk suatu keuntungan yang tidak disedari atau pengelakan kehilangan yang tidak disedari dalam harga atau nilai sekuriti itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk dirinya sendiri atau mana-mana orang lain disebabkan oleh kesan yang mungkin terjadi akibat maklumat itu apabila maklumat itu boleh didapati secara umum; dan

(ii)

maksud pemerolehan atau pelupusan sekuriti tidak termasuk apa-apa maksud mendapatkan keuntungan atau mengelakkan kerugian, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain disebabkan oleh kesan yang mungkin terjadi akibat maklumat itu apabila maklumat itu boleh didapati secara umum.

(2)

Dalam pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 188(3) jika orang yang menyampaikan maklumat atau menyebabkan maklumat disampaikan kepada seorang yang lain, adalah menjadi suatu pembelaan—

(a)

jika mahkamah berpuas hati bahawa maklumat itu sampai ke pengetahuan orang yang menyampaikan maklumat itu semata-mata akibat maklumat itu diberitahu mengikut cara yang berkemungkinan menjadikan maklumat itu boleh didapati secara umum menurut seksyen 184; atau

(b)

jika mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang satu lagi mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui, maklumat itu sebelum maklumat itu disampaikan.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 315

Subpenggal 3 — Remedi sivil

Tanggungan sivil bagi pelanggaran seksyen 175, 176, 177, 178, 179

atau 181

Report

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules