Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
200. Tindakan sivil oleh Suruhanjaya
Feedback & supportJika didapati oleh Suruhanjaya bahawa mana-mana orang telah melanggar seksyen 175, 176, 177, 178, 179 atau 181,
Suruhanjaya boleh memulakan prosiding sivil dalam mahkamah terhadap orang itu, sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu, atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.
Bagi suatu prosiding yang dimulakan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) terhadap mana-mana orang yang telah melanggar seksyen 175, 176, 177, 178, 179 atau 181, Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, melalui tindakan sivil terhadap orang yang melanggar itu—
mendapatkan suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun kasar ganjaran yang dibuat atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu; dan
menuntut penalti sivil mengikut apa-apa amaun yang difikirkan patut oleh mahkamah setelah mengambil kira
316 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
beratnya pelanggaran itu, iaitu suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit.
Sesuatu amaun yang didapatkan oleh Suruhanjaya dalam suatu tindakan di bawah subseksyen (2) hendaklah digunakan—
pertamanya, untuk membayar ganti kepada Suruhanjaya segala kos penyiasatan dan prosiding berkenaan dengan pelanggaran itu; dan
keduanya, untuk memampasi orang yang telah mengalami kehilangan atau kerugian akibat daripada pelanggaran itu.
Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah tidak praktik untuk memampasi orang yang disebut dalam perenggan (3)(b), memandangkan amaun apa-apa pengagihan yang bakal dibuat kepada setiap orang atau kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang layak dipampasinya, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Suruhanjaya boleh memutuskan untuk tidak membuat pengagihan kepada orang yang disebut dalam perenggan (3)(b).
Setakat yang apa-apa amaun yang diperoleh dalam prosiding sivil di bawah subseksyen (1) tidak diagihkan menurut perenggan (3)(b), ia hendaklah—
dibayar ke dalam Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau
dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membiayai—
kos memajukan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau
kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 317
Prosiding sivil di bawah subseksyen (2) atau 199(1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa dua belas tahun dari—
tarikh kausa tindakan itu terakru; atau
tarikh Suruhanjaya atau orang yang memulakan prosiding itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mendapat tahu tentang pelanggaran itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.
Apa-apa hak tindakan yang diberikan di bawah seksyen ini tidaklah menyentuh hak tindakan yang diberikan ke atas seseorang yang telah mengalami kehilangan atau kerugian yang disebut dalam subseksyen 199(1) atau di bawah mana-mana undang-undang lain.