Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

194. Kecualian bagi perbadanan yang mempunyai pengetahuan tentang niatnya

Feedback & support
(1)

Sesuatu perbadanan tidak melanggar subseksyen 188(2)

dengan membuat suatu transaksi atau perjanjian berhubung dengan sekuriti selain sekuriti perbadanan itu semata-mata disebabkan oleh perbadanan itu menyedari bahawa ia bercadang untuk membuat atau dahulunya telah membuat satu atau lebih transaksi atau perjanjian berhubung dengan sekuriti itu.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), sesuatu perbadanan tidak melanggar subseksyen 188(2) dengan membuat suatu transaksi atau perjanjian berhubung dengan sekuriti selain sekuriti perbadanan itu disebabkan seseorang pegawai perbadanan itu menyedari bahawa perbadanan itu bercadang untuk membuat atau dahulunya telah membuat satu atau lebih transaksi atau perjanjian berhubung dengan sekuriti itu.

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai melainkan jika pegawai perbadanan itu menyedari tentang perkara yang disebut dalam subseksyen itu dalam penjalanan tugasnya.

(4)

Tertakluk pada subseksyen (5), seseorang tidak melanggar subseksyen 188(2) dengan membuat suatu transaksi atau perjanjian bagi pihak suatu perbadanan berhubung dengan sekuriti selain sekuriti perbadanan itu semata-mata disebabkan orang itu menyedari bahawa

312 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

perbadanan itu bercadang untuk membuat, atau dahulunya telah membuat satu atau lebih transaksi atau perjanjian berhubung dengan sekuriti itu.

(5)

Subseksyen (4) tidak terpakai melainkan jika orang itu menyedari tentang perkara yang disebut dalam penjalanan tugasnya sebagai seorang pegawai perbadanan yang mula-mula disebut itu atau semasa bertindak sebagai seorang ejen perbadanan yang mula-mula disebut itu.

Report

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules