Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
191. Perjanjian kerahsiaan oleh perkongsian
Feedback & supportBagi maksud Subpenggal ini, pekongsi sesuatu perkongsian disifatkan memiliki apa-apa maklumat—
yang dimiliki oleh seorang pekongsi lain dan yang sampai ke pengetahuan pekongsi yang satu lagi itu atas sifatnya sebagai seorang pekongsi perkongsian itu;
yang dimiliki oleh seorang pekerja perkongsian itu dan yang sampai ke pengetahuan pekerja itu dalam penjalanan tugasnya; atau
jika seorang pekongsi atau pekerja perkongsian itu mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui apa-apa perkara atau benda disebabkan pekongsi atau pekerja itu ialah seorang pekongsi atau pekerja yang sedemikian, adalah dianggapkan bahawa tiap-tiap pekongsi dan pekerja perkongsian itu mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui tentang perkara atau benda itu.
Dalam seksyen ini, “maklumat” merujuk kepada maklumat yang disifatkan dimiliki oleh sesuatu perkongsian dan jika seseorang pekongsi atau pekerja perkongsian itu memiliki maklumat itu ialah seorang orang dalam.
Seseorang pekongsi sesuatu perkongsian tidak melanggar subseksyen 188(2) dengan membuat transaksi atau perjanjian yang disebut dalam subseksyen itu pada bila-bila masa semata-mata
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 309
disebabkan oleh seorang atau lebih pekongsi (tetapi bukan semuanya), atau seorang pekerja perkongsian itu, dengan sebenarnya memiliki maklumat pada masa itu jika—
keputusan untuk membuat transaksi atau perjanjian itu dibuat bagi pihak perkongsian itu oleh mana-mana satu orang atau lebih daripada orang yang berikut:
seseorang pekongsi yang dianggap memiliki maklumat itu semata-mata disebabkan oleh seorang pekongsi lain, atau seorang pekerja perkongsian itu, memiliki maklumat itu; atau
seorang pekerja perkongsian itu yang tidak memiliki maklumat itu;
perkongsian itu mempunyai perjanjian yang sedang berkuat kuasa pada masa itu yang semunasabahnya boleh dijangkakan untuk memastikan bahawa—
maklumat itu tidak disampaikan kepada seorang pekongsi atau pekerja atau salah seorang daripada pekongsi atau pekerja yang terlibat dalam, atau membuat keputusan mengenai pembuatan transaksi atau perjanjian yang berkenaan;
tiada nasihat mengenai keputusan untuk membuat transaksi atau perjanjian itu telah diberikan kepada pekongsi atau pekerja itu oleh seseorang pekongsi atau pekerja yang memiliki maklumat itu; dan
pekongsi atau pekerja yang memiliki maklumat itu tidak akan terlibat dalam keputusan untuk membuat, atau terlibat dalam, transaksi atau perjanjian itu; dan
maklumat itu tidak disampaikan, tiada nasihat diberikan dan pekongsi atau pekerja yang memiliki maklumat itu tidak terlibat dalam keputusan untuk membuat, atau terlibat dalam, transaksi atau perjanjian itu.
310 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Pekongsi sesuatu perkongsian tidak melanggar subseksyen 188(2)
dengan membuat transaksi atau perjanjian yang disebut dalam subseksyen itu selain bagi pihak perkongsian itu semata-mata disebabkan oleh pekongsi itu disifatkan memiliki maklumat yang dimiliki oleh pekongsi atau pekerja lain perkongsian itu.