In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
204. Penyebaran maklumat tentang perdagangan palsu
Feedback & supportTiada seorang pun boleh mengedarkan, menyebarkan atau membenarkan, atau melibatkan diri dalam pengedaran atau penyebaran, apa-apa pernyataan atau maklumat yang mempunyai kesan bahawa harga perdagangan dalam suatu derivatif atau kelas derivatif akan, atau berkemungkinan, naik atau turun oleh sebab operasi pasaran satu atau lebih orang, yang operasinya, pada pengetahuannya, dijalankan melanggar seksyen 202.