Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
192. Penajajaminan dan penajajaminan kecil
Feedback & supportSubseksyen 188(2) tidaklah terpakai berkenaan dengan—
pembuatan suatu perjanjian penajajaminan atau penajajaminan kecil; atau
pemerolehan sekuriti di bawah obligasi untuk berbuat demikian dalam suatu perjanjian yang disebut dalam perenggan (a).
Subseksyen 188(3)
tidak terpakai berkenaan dengan penyampaian maklumat berhubung dengan sekuriti kepada seseorang semata-mata bagi maksud mengusahakan orang itu—
membuat perjanjian penajajaminan atau penajajaminan kecil berhubung dengan mana-mana sekuriti itu; atau
memperoleh mana-mana sekuriti itu di bawah obligasi untuk berbuat demikian dalam suatu perjanjian yang disebut dalam perenggan (a).
Ketidakpakaian seksyen 188 bagi transaksi yang dijalankan di bawah skim perkiraan, dsb., di bawah mana-mana undang-undang bertulis