Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
181. Penyebaran maklumat berkenaan dengan transaksi haram
Feedback & supportSeseorang tidak boleh mengedarkan atau menyebarkan, atau membenarkan atau ada kaitan dengan pengedaran atau penyebaran, apa-apa pernyataan atau maklumat yang bermaksud bahawa harga mana-mana sekuriti sesuatu perbadanan akan atau berkemungkinan naik atau turun atau dikekalkan oleh sebab apa-apa transaksi yang dibuat atau perbuatan atau perkara lain yang dilakukan berhubung dengan sekuriti pertubuhan perbadanan itu, atau suatu perbadanan
302 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
yang berhubungan dengan perbadanan itu, berlanggaran dengan seksyen 175, 176, 177, 178 atau 179 jika—
orang itu, atau seseorang yang bersekutu dengan orang itu, telah membuat apa-apa transaksi atau melakukan apa-apa perbuatan atau perkara itu; atau
orang itu telah menerima, atau dijangka menerima secara langsung atau secara tidak langsung, apa-apa balasan atau faedah bagi pengedaran atau penyebaran, atau kebenaran atau ada kaitan dengan pengedaran atau penyebaran, pernyataan atau maklumat itu.
Penalti bagi kesalahan di bawah Subpenggal 1