In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
205. Manipulasi harga derivatif dan memborong simpan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh, secara langsung atau tidak langsung—
(a)
memanipulasi atau cuba memanipulasi harga derivatif yang mungkin diniagakan di sesuatu pasaran derivatif, atau harga apa-apa surat cara dasar yang menjadi subjek derivatif itu; atau
(b)
memborong simpan atau cuba memborong simpan, apa-apa surat cara dasar yang menjadi subjek sesuatu derivatif.