Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

254. Pembelaan penarikan balik persetujuan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang dinamakan dalam suatu prospektus sebagai—

(a)

seorang pengarah yang dicadangkan atau pengarah seseorang penerbit atau seorang penasihat utama berhubung dengan suatu penerbitan, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti;

(b)

yang membuat suatu pernyataan yang dimasukkan ke dalam prospektus itu; atau

(c)

yang membuat suatu pernyataan yang berasaskannya suatu pernyataan dimasukkan ke dalam prospektus itu, tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 246 dan tidak bertanggungan di bawah seksyen 248 jika—

(A)

dalam hal seorang pengarah yang dicadangkan atau pengarah, setelah bersetuju untuk menjadi seorang pengarah yang dicadangkan atau pengarah penerbit itu, dia menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan prospektus itu dikeluarkan walaupun dengan penarikan balik itu; atau

(B)

dalam apa-apa hal lain, jika prospektus dikeluarkan tanpa pengetahuan atau persetujuannya, dia memberikan notis

406 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

awam yang munasabah mengenainya dengan segera selepas dia menyedari tentang pengeluaran itu.

(2)

Seseorang yang dinamakan dalam suatu prospektus sebagai—

(a)

seseorang pengarah yang dicadangkan atau pengarah seseorang penerbit, atau seorang penasihat utama berhubung dengan suatu penerbitan, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti;

(b)

yang membuat suatu pernyataan yang dimasukkan ke dalam prospektus itu; atau

(c)

yang membuat suatu pernyataan yang berasaskannya suatu pernyataan dimasukkan ke dalam prospektus itu, tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 246 dan tidak bertanggungan di bawah seksyen 248 jika dibuktikan bahawa pernyataan itu tidak dimasukkan dalam, atau tidak dimasukkan secara substansial dalam, bentuk dan konteks yang telah dipersetujui oleh orang itu.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules