Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
253. Section 253
Feedback & supportSeseorang tidak melakukan kesalahan di bawah seksyen 246
dan tidak bertanggungan di bawah seksyen 248 jika orang itu membuktikan bahawa pernyataan yang palsu atau mengelirukan itu atau peninggalan yang material dalam suatu pernyataan dalam sesuatu prospektus (selepas ini disebut sebagai “pernyataan cacat”) adalah atau berasaskan kepada suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pegawai awam dalam menjalankan tugasnya atau yang terkandung dalam suatu salinan atau yang berupa suatu salinan, atau cabutan daripada, suatu dokumen rasmi awam, dan dibuktikan oleh orang itu bahawa—
pernyataan cacat itu menggambarkan dengan tepat pernyataan yang dibuat oleh pegawai awam itu termasuk konteks dan bentuk yang pernyataan itu asalnya dibuat; atau
pernyataan cacat itu terkandung dalam salinan atau berupa sebagai suatu salinan, atau cabutan daripada, suatu dokumen rasmi awam, dan orang itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa penguntukan, penerbitan, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti, bahawa pernyataan cacat itu adalah benar dan tidak mengelirukan dan bahawa tidak terdapat ketinggalan yang material dalam pernyataan cacat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang tidak bertanggungan di bawah seksyen 249
berkenaan dengan perbuatan yang mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan jika orang itu membuktikan bahawa perbuatan itu terdiri daripada suatu representasi yang dibuat dengan pergantungan pada suatu dokumen rasmi awam atau pernyataan yang dibuat oleh seorang pegawai awam dalam menjalankan tugasnya dan dibuktikan bahawa—
representasi itu menggambarkan dengan tepat pernyataan yang dibuat oleh pegawai awam itu termasuk konteks dan bentuk yang pernyataan itu asalnya dibuat; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 405
representasi itu terkandung dalam suatu salinan, atau cabutan daripada, suatu dokumen rasmi awam, dan orang itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa penguntukan, penerbitan, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti itu, bahawa representasi itu tidak mengelirukan atau memperdayakan atau berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan.