Skip to content
Contents

Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal

92A. Maklumat yang hendak diberikan kepada seseorang yang melabur dalam produk pasaran modal

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh menentukan jenis dan tahap maklumat yang hendak diberikan kepada seseorang yang melabur dalam mana-mana produk pasaran modal dan penentuan itu termasuklah—

(a)

maklumat yang menerangkan ciri-ciri utama produk pasaran modal itu;

(b)

maklumat yang menerangkan jenis obligasi yang ditanggung oleh pihak yang berniaga dalam produk pasaran modal itu;

174 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(c)

maklumat yang menyatakan risiko yang dikaitkan dengan produk pasaran modal itu; dan

(d)

perincian terma penting bagi produk pasaran modal itu.

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

mengeluarkan atau membekalkan maklumat palsu atau mengelirukan;

(b)

membuat apa-apa kenyataan yang palsu atau mengelirukan;

atau

(c)

dengan sengaja meninggalkan daripada menyatakan apa-apa perkara atau benda yang tanpanya kenyataan atau maklumat itu mengelirukan mengenai suatu hal material, kepada seseorang yang melabur dalam produk pasaran modal, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh mana-mana hak tindakan yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang lain kepada orang yang melabur dalam produk pasaran modal itu.

(4)

Hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap pendakwaan atau apa-apa prosiding terhadap pelanggaran seksyen ini oleh mana-mana orang jika dia membuktikan bahawa—

(a)

dia telah membuat semua siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu; dan

(b)

selepas membuat siasatan itu, dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dan telah mempercayai sehingga masa pernyataan itu dibuat atau maklumat itu diberikan bahawa—

(i)

pernyataan atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan; atau

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 175

(ii)

tidak terdapat peninggalan yang material.

Report

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 4; dan

Penggal 5

Bahagian IV

Dana Pampasan Pasaran Modal

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules