Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
93. Keutamaan diberikan kepada pesanan klien
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang dibenarkan di bawah subseksyen (2)—
pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti atau pengurusan kumpulan wang semasa bertindak sebagai prinsipal atau bagi pihak orang yang bersekutu dengan atau berkaitan dengan pemegang itu; atau
wakil pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal semasa bertindak bagi akaunnya sendiri atau bagi pihak orang yang bersekutu atau berkaitan dengan wakil itu, tidak boleh membuat transaksi pembelian atau penjualan sekuriti yang dibenarkan untuk diperdagangkan di pasaran saham suatu bursa saham jika klien pemegang atau wakil yang tidak bersekutu dengan atau tiada kaitan dengan pemegang atau wakil itu, telah mengarahkan pemegang atau wakil itu untuk membeli atau menjual, masing-masingnya, sekuriti daripada kelas yang sama dan pemegang atau wakil itu tidak mematuhi arahan itu.
Subseksyen (1) tidak terpakai berhubung dengan pembuatan suatu transaksi oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti atau pengurusan kumpulan wang sebagai prinsipal atau bagi pihak orang yang bersekutu dengan atau berkaitan dengan pemegang itu, atau oleh wakil pemegang itu bagi akaunnya sendiri atau bagi pihak orang yang bersekutu dengan atau berkaitan dengan wakil, jika—
arahan daripada klien pemegang itu menghendaki pembelian atau penjualan sekuriti bagi pihak klien itu dilaksanakan hanya atas syarat yang ditentukan yang berhubungan dengan harga yang sekuriti itu hendak dibeli atau dijual dan
176 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
pemegang atau wakil pemegang itu tidak dapat membeli atau menjual sekuriti itu disebabkan oleh syarat itu; atau
transaksi itu dibuat dalam hal keadaan yang ditetapkan.
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.