Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
85. Pembelaan terhadap pendakwaan
Feedback & supportMenjadi suatu pembelaan terhadap pendakwaan kerana melanggar atau kegagalan mematuhi seksyen 83 atau 84, jika defendan membuktikan bahawa kegagalannya itu disebabkan dia tidak menyedari tentang fakta atau kejadian, yang kewujudannya adalah perlu untuk menjadikannya kesalahan itu, dan bahawa—
dia tidak menyedari sedemikian pada tarikh saman itu;
dia menyedari sedemikian kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh saman itu; atau
dia menyedari sedemikian tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh saman itu dan telah mematuhi seksyen yang berkaitan dalam apa-apa masa yang ditetapkan selepas menyedari sedemikian.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang hendaklah dianggap dengan muktamad sebagai telah menyedari mengenai sesuatu fakta atau kejadian pada suatu masa tertentu yang seorang pekerja atau ejen orang itu yang merupakan pekerja atau ejen yang mempunyai kewajipan atau yang bertindak berhubung dengan kepentingan majikan atau prinsipalnya dalam sekuriti yang berkenaan, menyedari pada masa itu.