Skip to content
Contents

Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal

92. Syor oleh orang berlesen

Feedback & support
(1)

Seseorang orang berlesen tidak boleh membuat sesuatu syor berkenaan dengan mana-mana sekuriti atau derivatif kepada seseorang yang semunasabahnya boleh dijangkakan akan bergantung pada syor itu tanpa mempunyai asas yang munasabah untuk membuat syor itu kepada orang itu.

172 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang orang berlesen tidak mempunyai suatu asas yang munasabah untuk membuat sesuatu syor kepada seseorang melainkan jika—

(a)

orang berlesen itu telah, bagi maksud memastikan bahawa syor itu adalah sesuai, mengambil semua langkah yang dapat dilaksanakan bagi memastikan bahawa maklumat yang dimiliki dan dipercayai oleh orang berlesen itu berkenaan dengan objektif pelaburan, kedudukan kewangan dan keperluan tertentu orang itu adalah tepat dan lengkap;

(b)

orang berlesen itu telah memberikan apa-apa pertimbangan kepada, dan menjalankan apa-apa penyiasatan tentang, hal perkara syor itu sebagaimana yang munasabah dalam segala hal keadaan; dan

(c)

syor itu adalah berasaskan pertimbangan dan penyiasatan yang sedemikian.

(3)

Seseorang orang berlesen yang melanggar subseksyen (1) tidak melakukan suatu kesalahan.

(4)

Jika orang berlesen melanggar subseksyen (1) atau seksyen 91

dengan membuat suatu syor kepada seseorang dan—

(a)

orang itu, kerana bergantung kepada syor itu, melakukan suatu perbuatan tertentu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan tertentu;

(b)

adalah munasabah, setelah mengambil kira syor itu dan segala hal keadaan lain yang berkaitan, bagi orang itu untuk melakukan perbuatan itu atau menahan diri daripada melakukan perbuatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kerana bergantung kepada syor itu; dan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 173

(c)

orang itu mengalami kehilangan atau kerugian akibat melakukan perbuatan itu atau menahan diri daripada melakukan perbuatan itu, orang berlesen itu hendaklah bertanggungan untuk membayar kerosakan kepada orang itu berkenaan dengan kerugian atau kerosakan itu.

(5)

Seseorang orang berlesen tidaklah bertanggungan di bawah subseksyen (4) jika dibuktikan bahawa seseorang orang yang munasabah dalam hal keadaan itu akan melakukan atau meninggalkan daripada melakukan, perbuatan itu kerana bergantung kepada syor itu walaupun jika orang berlesen itu telah mematuhi subseksyen itu berhubung dengan syor itu.

(6)

Dalam hal pelanggaran subseksyen (1), orang berlesen tidaklah bertanggungan jika dibuktikan bahawa syor itu adalah, dalam segala hal keadaan, wajar dengan mengambil kira maklumat yang ada pada orang berlesen itu tentang objektif pelaburan, kedudukan kewangan dan keperluan tertentu klien itu semasa orang berlesen itu membuat syor itu.

(7)

Dalam seksyen ini, sebutan mengenai pembuatan sesuatu syor ialah sebutan mengenai pembuatan sesuatu syor sama ada secara nyata atau secara tersirat.

Report

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 4; dan

Penggal 5

Bahagian IV

Dana Pampasan Pasaran Modal

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules