Skip to content
Contents

Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal

97. Berurusan sebagai prinsipal

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen

(4)

, pemegang

Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga sekuriti tidak boleh, sebagai prinsipal, berniaga dalam apa-apa sekuriti dengan seseorang yang bukan pemegang melainkan jika pemegang itu terlebih dahulu memaklumkan orang itu bahawa pemegang itu bertindak dalam transaksi itu sebagai prinsipal dan bukan sebagai ejen.

(2)

Sebutan dalam seksyen ini mengenai pemegang Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti sebagai prinsipal termasuklah sebutan mengenai seorang—

(a)

yang berniaga atau membuat transaksi bagi pihak seseorang yang bersekutu dengan pemegang itu;

(b)

yang berniaga dalam sekuriti bagi pihak suatu perbadanan yang dalamnya ia mempunyai suatu kepentingan mengawal;

atau

(c)

jika ia menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti bagi pihak suatu perbadanan yang dalamnya kepentingannya dan kepentingan pengarahnya bersama menjadi suatu kepentingan mengawal.

(3)

Pemegang

Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti, yang sebagai prinsipal, berniaga dalam sekuriti dengan seseorang yang bukan pemegang hendaklah menyatakan dalam nota kontrak bahawa pemegang itu bertindak dalam transaksi itu sebagai prinsipal dan bukan sebagai ejen.

(4)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi transaksi penjualan atau pembelian sekuriti berlot ganjil yang dibuat oleh pemegang Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal yang merupakan organisasi peserta dan mahir dalam transaksi yang berhubungan dengan sekuriti berlot ganjil.

178 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(5)

Jika pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga sekuriti melanggar subseksyen (1) atau (3)

berkenaan dengan suatu kontrak—

(a)

bagi penjualan sekuriti oleh pemegang itu, pembeli sekuriti itu boleh, jika dia belum lagi melupuskannya, membatalkan kontrak itu melalui suatu notis pembatalan secara bertulis yang diberikan kepada pemegang itu tidak lewat daripada empat belas hari selepas penerimaan nota kontrak itu atau apabila menyedari tentang pelanggaran subseksyen (1) atau (3), mengikut mana-mana yang terkemudian; atau

(b)

bagi pembelian sekuriti oleh pemegang itu, penjual sekuriti itu boleh membatalkan kontrak itu melalui suatu notis pembatalan secara bertulis yang diberikan kepada pemegang itu tidak lewat daripada empat belas hari selepas penerimaan nota kontrak itu atau apabila menyedari tentang pelanggaran subseksyen (1) atau (3), mengikut mana-mana yang terkemudian.

(6)

Apa-apa hak tindakan yang diberikan ke atas pembeli atau penjual di bawah subseksyen (5) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hak yang ada pada pembeli atau penjual itu di bawah mana-mana undang-undang lain.

(7)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 4; dan

Penggal 5

Bahagian IV

Dana Pampasan Pasaran Modal

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules