Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
91. Penzahiran kepentingan tertentu dalam sekuriti
Feedback & supportJika orang berlesen menghantar surat pekeliling atau perhubungan bertulis lain yang seumpamanya yang dalamnya dia membuat suatu syor, sama ada secara nyata atau tersirat, berkenaan dengan mana-mana sekuriti, atau kelas sekuriti, orang berlesen itu hendaklah menyebabkan dimasukkan ke dalam setiap surat pekeliling atau perhubungan lain itu, secara bertaip yang tidak kurang mudahnya untuk dibaca daripada yang digunakan dalam peringatan surat pekeliling atau perhubungan lain yang selebihnya, suatu pernyataan ringkas dan padat mengenai jenis apa-apa kepentingan yang berkaitan dalam, atau apa-apa kepentingan dalam pemerolehan atau pelupusan, sekuriti itu atau sekuriti yang termasuk dalam kelas itu yang ada pada
168 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
orang berlesen atau orang yang bersekutu dengannya pada tarikh yang terakhir orang berlesen itu menghantar surat pekeliling atau perhubungan lain itu.
Menjadi suatu pembelaan terhadap pendakwaan bagi suatu kesalahan terhadap subseksyen (1) berhubung dengan kegagalan untuk memasukkan ke dalam surat pekeliling atau perhubungan lain suatu pernyataan mengenai jenis kepentingan yang berkaitan dalam, atau suatu kepentingan dalam pemerolehan atau pelupusan, sekuriti atau sekuriti yang termasuk dalam suatu kelas sekuriti, yang menjadi suatu kepentingan yang berkaitan atau kepentingan defendan atau orang yang bersekutu dengan defendan itu, jika defendan itu membuktikan bahawa, pada masa surat pekeliling atau perhubungan lain itu dihantar, dia tidak menyedari dan tidak dapat semunasabahnya dijangkakan menyedari bahawa—
dia mempunyai suatu kepentingan yang berkaitan dalam, atau suatu kepentingan dalam pemerolehan atau pelupusan, sekuriti itu atau sekuriti yang termasuk dalam kelas itu; atau
orang yang bersekutu dengannya mempunyai suatu kepentingan yang berkaitan dalam, atau suatu kepentingan dalam pemerolehan atau pelupusan, sekuriti itu atau sekuriti yang termasuk dalam kelas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bagi maksud subseksyen (1) dan (2)—
kepentingan seseorang dalam pelupusan sekuriti termasuklah apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang akan, atau berkemungkinan, terakru secara langsung atau secara tidak langsung kepada orang itu apabila dilupuskan, atau berbangkit daripada pelupusan sekuriti itu;
tanpa mengehadkan keluasan makna yang terdahulu, seseorang yang telah membuat suatu perjanjian taja jamin berkenaan dengan sekuriti hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam pemerolehan atau pelupusan sekuriti itu; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 169
walau apa pun peruntukan seksyen 3, seseorang tidak bersekutu dengan seseorang yang lain berhubung dengan penghantaran surat pekeliling atau perhubungan lain atau pembuatan suatu syor hanya oleh sebab dia seorang pengarah pertubuhan perbadanan yang orang yang satu lagi itu juga seorang pengarah, sama ada atau tidak pertubuhan perbadanan itu menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti, melainkan jika orang itu atau orang yang satu lagi itu bertindak bersesama, atau selainnya bertindak bersama atau di bawah atau mengikut suatu perkiraan yang dibuat antara mereka, berhubung dengan penghantaran surat pekeliling atau perhubungan itu atau pembuatan syor itu.
Jika—
seseorang telah melanggan atau membeli sekuriti bagi maksud menawarkan semua atau mana-mana daripadanya untuk dibeli; dan
orang itu menawarkan mana-mana daripada sekuriti itu untuk dibeli, orang itu tidak boleh membuat syor, sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau secara tersirat, berkenaan dengan sekuriti yang ditawarkan untuk dibeli melainkan jika dia telah memaklumkan setiap orang yang kepadanya syor itu telah dibuat bahawa dia memperoleh sekuriti itu bagi maksud itu.
Jika—
sekuriti telah ditawarkan untuk langganan atau pembelian;
dan
seseorang telah melanggan atau membeli atau sedang atau akan atau mungkin dikehendaki melanggan atau membeli, mana-mana daripada sekuriti itu di bawah suatu perjanjian taja jamin oleh sebab beberapa atau semua sekuriti itu belum lagi dilanggan atau dibeli,
170 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
orang itu tidak boleh, dalam tempoh sembilan puluh hari selepas penutupan tawaran itu, membuat suatu tawaran untuk menjual sekuriti itu, selain mengikut penjalanan biasa perdagangan di pasaran saham, atau membuat suatu syor berkenaan dengan sekuriti itu melainkan jika tawaran atau syor itu mengandungi atau disertakan dengan suatu pernyataan yang bermaksud bahawa tawaran atau syor itu adalah berhubung dengan sekuriti yang telah diperolehnya, atau sedang atau akan atau mungkin dikehendaki diperolehnya, di bawah suatu perjanjian taja jamin oleh sebab beberapa atau semua sekuriti itu belum lagi dilanggan atau dibeli.
Bagi maksud subseksyen (5), “taja jamin” termasuklah taja jamin kecil.
Seseorang berlesen tidak boleh menghantar kepada seseorang suatu surat pekeliling atau perhubungan lain atau tawaran bertulis atau syor yang baginya subseksyen (1), (4) atau (5) terpakai melainkan jika surat pekeliling atau perhubungan lain atau tawaran atau syor itu—
jika orang berlesen itu ialah orang sebenar, ditandatangani oleh orang berlesen itu;
jika orang berlesen itu ialah orang sebenar yang menjalankan perniagaan perkongsian, ditandatangani oleh seorang pekongsi dalam perkongsian itu atas namanya sendiri atau atas nama perkongsiannya;
jika orang berlesen itu ialah orang sebenar yang menjalankan perniagaan dalam suatu perbadanan, ditandatangani oleh seorang pengarah, pegawai eksekutif atau setiausaha perbadanan itu; atau
jika orang berlesen itu ialah suatu perbadanan, ditandatangani oleh seorang pengarah, pegawai eksekutif atau setiausaha perbadanan itu.
Jika seseorang orang berlesen menghantar kepada seseorang suatu surat pekeliling atau perhubungan lain atau tawaran bertulis atau syor yang baginya subseksyen (1), (4) atau (5) terpakai, orang berlesen itu hendaklah menyimpan suatu salinan surat pekeliling atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 171
perhubungan lain, atau tawaran atau syor bertulis itu, yang ditandatangani sewajarnya oleh orang yang berkenaan, selama tempoh tujuh tahun.
Sebutan dalam seksyen ini mengenai tawaran sekuriti hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai pernyataan, walau bagaimana jua pun dinyatakan, yang bukannya suatu tawaran tetapi secara nyata atau secara tersirat mempelawa seseorang yang kepadanya tawaran itu dibuat untuk memperoleh sekuriti.
Bagi maksud seksyen ini, suatu surat pekeliling atau perhubungan lain atau suatu tawaran bertulis atau syor yang dihantar kepada seseorang hendaklah—
jika ia ditandatangani oleh seseorang dalam perkongsian, disifatkan telah dihantar oleh setiap pekongsi dalam perkongsian itu; atau
jika ia ditandatangani oleh seorang pengarah, pegawai eksekutif atau setiausaha suatu perbadanan, disifatkan telah dihantar oleh perbadanan itu.
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri jika ia tidak menjejaskan kepentingan pelabur, mengecualikan secara bertulis mana-mana sekuriti atau kelas orang atau sekuriti atau orang daripada seksyen ini.
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.