Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
90. Pengeluaran nota kontrak
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan di bawah subseksyen 378(3) berkenaan dengan pengeluaran nota kontrak kepada klien pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.
Seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mematuhi kehendak peraturan-peraturan yang dibuat oleh Menteri berhubung dengan nota kontrak itu.
Seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang melanggar apa-apa kehendak peraturan-peraturan yang berhubungan dengan nota kontrak melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.