Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
98. Penjualan pendek
Feedback & supportTertakluk pada seksyen ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat, seseorang tidak boleh menjual sekuriti melainkan jika, pada masa dia menjualkannya—
dia mempunyai atau, jika dia menjual sebagai ejen, prinsipalnya mempunyai; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 179
dia mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa dia mempunyai, atau jika dia menjual sebagai ejen, prinsipalnya mempunyai, pada masa itu suatu hak yang boleh digunakan dan tanpa syarat untuk meletak hak sekuriti itu pada pembeli sekuriti itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud subseksyen (1)—
seseorang yang, pada bila-bila masa tertentu, mempunyai pada masa itu suatu hak yang boleh digunakan dan tanpa syarat supaya sekuriti terletak hak padanya atau mengikut arahannya hendaklah disifatkan mempunyai pada masa itu suatu hak yang boleh digunakan dan tanpa syarat untuk meletakhakkan sekuriti itu pada seorang yang lain; dan
hak seseorang untuk meletakhakkan sekuriti pada seseorang yang lain tidak boleh disifatkan sebagai bukan tanpa syarat hanya oleh sebab hakikat bahawa sekuriti itu digadaikan atau disandarkan bagi kepentingan seseorang yang lain untuk mendapatkan pembayaran balik wang.
Subseksyen (1) tidak terpakai berhubung dengan mana-mana hal keadaan yang berikut:
penjualan sekuriti oleh pemegang sesuatu
Lesen
Perkhimatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti yang mahir dalam transaksi yang berhubungan dengan sekuriti berlot ganjil, yang merupakan suatu jualan yang dibuat olehnya sebagai prinsipal semata-mata bagi maksud—
menerima suatu tawaran untuk membeli sekuriti berlot ganjil; atau 180 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
melupuskan sekuriti yang kurang daripada suatu kumpulan sekuriti boleh pasar dengan cara menjual satu kumpulan boleh pasar sekuriti itu;
penjualan sekuriti oleh seseorang yang sebelum masa penjualan telah membuat suatu kontrak untuk membeli sekuriti itu dan yang mempunyai hak supaya sekuriti itu terletak hak padanya iaitu bersyarat hanya atas semua atau mana-mana daripada yang berikut:
pembayaran sebagai balasan berkenaan dengan pembelian itu;
penerimaan olehnya suatu surat cara pindah milik yang sewajarnya berkenaan dengan sekuriti itu; atau
penerimaan olehnya dokumen yang merupakan, atau adalah dokumen hakmilik kepada, sekuriti itu;
penjualan sekuriti jika—
sekuriti itu termasuk dalam kelas sekuriti yang berhubung dengannya ada peruntukan dalam kaedah-kaedah bursa saham yang memberi kesan bahawa kelas itu ialah suatu kelas sekuriti yang baginya perenggan ini terpakai;
penjualan itu dibuat sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah bursa saham itu; dan
pada masa penjualan itu, orang yang telah menjual sekuriti itu, atau mana-mana orang yang bagi pihaknya orang yang mula-mula disebut itu telah menjualkan sekuriti itu, bukan merupakan sekutu, berhubung dengan penjualan itu, bagi pertubuhan perbadanan yang mengeluarkan atau menjadikan tersedia sekuriti itu;
penjualan sekuriti yang dibenarkan oleh Bank Negara diurusniagakan di pasaran wang jangka pendek;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 181
penjualan sekuriti—
bagi kelas atau kategori itu; atau
yang diurusniagakan mengikut cara atau dalam hal keadaan, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan
pembuatan atau perniagaan dalam derivatif, atau apa-apa yang dilakukan yang berhubungan dengannya, di pasaran derivatif suatu bursa derivatif atau di suatu pasaran derivatif terkecuali.
Bagi maksud seksyen ini, suatu “kumpulan boleh pasar”
berhubung dengan sekuriti yang disenaraikan untuk sebut harga di pasaran saham suatu bursa saham, ertinya kumpulan boleh pasar sekuriti itu mengikut pengertian kaedah-kaedah bursa saham itu.
Seseorang yang mengarahkan pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti untuk melaksanakan suatu penjualan sekuriti yang baginya subseksyen (1) terpakai tetapi jika tidak kerana perenggan (4)(c)
hendaklah, pada masa memberi arahan itu, memaklumkan pemegang itu bahawa jualan itu adalah jualan pendek.
Seseorang yang, di pasaran saham suatu bursa saham, melaksanakan, sama ada sebagai prinsipal atau ejen, suatu penjualan sekuriti yang baginya subseksyen (1) terpakai tetapi jika tidak kerana perenggan (4)(c) hendaklah menyebabkan diendorskan pada mana-mana dokumen yang membuktikan jualan itu yang diberikan kepada orang yang, sama ada sebagai prinsipal atau ejen, membeli sekuriti itu suatu pernyataan bahawa penjualan itu adalah jualan pendek.
Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang—
berupa sebagai menjual sekuriti;
menawarkan untuk menjual sekuriti;
182 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
mengemukakan dirinya sebagai layak untuk menjual sekuriti; atau
mengarahkan pemegang sesuatu Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti untuk menjual sekuriti, dia hendaklah disifatkan sebagai menjual sekuriti.
Subpenggal 3 — Derivatif terselaras