Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
172. Pelantikan penerima dan pengurus oleh Bank
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 262, jika apa-apa hal keadaan yang diperihalkan dalam seksyen 165 wujud berkenaan dengan institusi,
Bank boleh membuat suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah—
untuk melantik seorang penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu; dan
bagi semua hal yang berkaitan, bersampingan atau berbangkit daripada perintah atau arahan Mahkamah Tinggi berhubung dengan pelantikan itu sebagaimana yang, pada pendapat Bank, adalah perlu atau wajar.
Atas suatu permohonan oleh Bank, Mahkamah Tinggi hendaklah melantik sebagai penerima dan pengurus, seorang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya termasuk mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank bagi memenuhi kekosongan atau bagi memecat dan menggantikan seorang penerima dan pengurus yang dilantik di bawah Subpenggal ini.
Semua kos dan perbelanjaan Bank, termasuk saraan penerima dan pengurus itu hendaklah dibayar daripada dana dan harta institusi itu, sebagai suatu caj pertama atas dana dan harta institusi itu.
Seorang penerima dan pengurus yang dilantik di bawah
Subpenggal ini boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi arahan
Perkhidmatan Kewangan 183
berhubung dengan apa-apa perkara yang berbangkit di bawah pelantikan itu.
Perintah 30 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A)
205/2012] tidak terpakai bagi suatu permohonan bagi pelantikan seorang penerima dan pengurus di bawah Subpenggal ini.
Suatu permohonan bagi pelantikan penerima dan pengurus di bawah Subpenggal ini boleh dibuat secara ex parte saman pemula.