Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

173. Pelantikan penerima dan pengurus oleh orang selain Bank

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang boleh membuat suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi pelantikan penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan, orang berdaftar atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan memberikan notis bertulis tiga puluh hari kepada Bank tentang niatnya untuk melakukan sedemikian.

(2)

Jika suatu permohonan dibuat ke Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah untuk melantik seorang penerima dan pengurus bagi menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan, orang berdaftar atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seberapa yang praktik, menyampaikan satu salinan permohonan orang itu hendaklah dimeterai kepada Bank.

(3)

Jika, menurut suatu debentur atau apa-apa instrumen yang lain, penerima atau pengurus telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan, orang berdaftar atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang yang selain Bank, orang itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu Bank tentang pelantikan itu.

184 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Peruntukan berhubung dengan pelantikan penerima dan pengurus

Report

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules