Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

169. Maklumat dan kemudahan

Feedback & support
(1)

Jika kawalan atas keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi telah diambil alih menurut suatu perintah di bawah Subpenggal ini—

(a)

institusi itu, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya dan pegawainya hendaklah menyerahkan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta kepada kawalan itu dan mengemukakan kepada Bank atau orang yang dilantik dengan apa-apa kemudahan, dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi memudahkan penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Bank atau orang yang dilantik di bawah Subpenggal ini; dan

(b)

Bank atau orang yang dilantik boleh menghendaki seseorang yang telah, pada bila-bila masa, menjadi pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai institusi itu untuk memberi

Bank atau orang yang dilantik apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu yang dikehendaki oleh Bank atau orang yang dilantik.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(a) atau gagal untuk mematuhi kehendak di bawah perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Perkhidmatan Kewangan 181

Report

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules