Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
73. Perlindungan bersyarat dan kewajipan kerahsiaan
Feedback & supportSubseksyen 133(1) tidak terpakai bagi mana-mana dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, yang dizahirkan oleh juruaudit institusi kewangan kepada
Lembaga
Pengawasan
Audit yang ditubuhkan di bawah
Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498] atau seorang pegawai atau orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga
Pengawasan Audit untuk melaksanakan tanggungjawab Lembaga
Pengawasan Audit.
Juruaudit institusi tidak bertanggungan—
bagi kemungkiran kewajipan kerahsiaan antara juruaudit dan institusi itu berkenaan dengan apa-apa pelaporan kepada
Bank yang dibuat dengan suci hati di bawah Penggal ini; atau
untuk dibawa guaman dalam mana-mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa-apa penyataan yang dibuat oleh juruaudit itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.
Aktuari yang dilantik