Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
74. Pelantikan aktuari oleh penanggung insurans berlesen
Feedback & supportTiap-tiap penanggung insurans berlesen hendaklah melantik suatu aktuari berkenaan dengan perniagaan hayat atau am yang dijalankan oleh penanggung insurans berlesen itu.
Mana-mana aktuari yang akan dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah memenuhi apa-apa kehendak atau mempunyai apa-apa kelayakan yang dinyatakan dalam mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 47(1).
Perkhidmatan Kewangan 105
Kecuali dengan kebenaran bertulis terdahulu Bank, tiada penanggung insurans berlesen pun boleh melantik mana-mana orang sebagai aktuarinya di bawah subseksyen (1) dan tiada seorang pun boleh menerima pelantikan itu.
Suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh lebih panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Bank.