Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
79. Maklumat untuk diberikan kepada aktuari yang dilantik
Feedback & supportPenanggung insurans berlesen dan mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal penanggung insurans berlesen itu hendaklah—
(a)
memberikan kepada aktuari yang dilantik semua maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati olehnya yang dikehendaki oleh aktuari yang dilantik itu; dan
(b)
memastikan bahawa semua maklumat yang diberi di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap, tidak palsu atau mengelirukan, dalam mana-mana butir material, bagi membolehkan aktuari yang dilantik itu menjalankan kewajipannya dan fungsinya di bawah Akta ini.