Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Kehendak Berhemat

82. Kehendak yang berhubungan dengan kumpulan wang insurans

Feedback & support
(1)

Penanggung insurans berlesen hendaklah—

(a)

membayar ke dalam kumpulan wang insurans semua penerimaan berkenaan dengan polisi yang kumpulan wang insurans itu berhubungan dan yang dikeluarkan olehnya atau yang di bawahnya ia telah mengaku janji liabiliti, termasuk semua pendapatan kumpulan wang insurans itu;

(b)

menyenggara pada setiap masa aset dalam kumpulan wang insurans yang bernilai setara dengan atau lebih tinggi daripada liabiliti kumpulan wang insurans itu;

(c)

menggunakan aset kumpulan wang insurans semata-mata untuk memenuhi liabiliti dan perbelanjaan yang sepatutnya dilakukan oleh kumpulan wang insurans itu; dan

(d)

mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah perenggan 47(2)(g) termasuk kehendak mengenai jenis aset yang akan, atau tidak akan termasuk, sebagai aset bagi kumpulan wang insurans itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh menentukan perkara yang menjadi

“penerimaan”,

“pendapatan”,

“liabiliti”

atau

“perbelanjaan” dan cara untuk menentukan atau menilaikan penerimaan, pendapatan, aset, liabiliti atau perbelanjaan itu.

(3)

Melainkan jika Bank meluluskan selainnya, penanggung insurans berlesen hendaklah menyenggarakan kumpulan wang insurans yang ditubuhkan di bawah seksyen 81 selagi ia berada di bawah liabiliti berkenaan dengan mana-mana polisi atau tuntutan insurans yang berhubungan dengan kumpulan wang insurans itu.

Report

Bahagian VI

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VII

Kumpulan Kewangan

Bahagian VIII

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian IX

Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules